Volkswagen telah memilh Chattanooga,Tennessee sebagai tempat untuk kilang pembuatannya yang berharga USD1 billion di Amerika Utara.
Keputusan diumumkan oleh Pengerusi Volkswagen Martin Winterkom,setelah membuat tinjauan dan kajian selama setahun terhadap 25 tapak yang berpotensi.
Keputusan memilih Tennessee dibuat sewaktu mesyuarat Lembaga Pengurusan di ibu pejabat Volkswagen di Jerman semalam.Ia akan beroperasi pada 2011 dan membuka 2000 peluang pekerjaan.
“Pasaran Amerika merupakan sesuatu yang penting bagi strategi kami” kata Winterkom ketika mengumumkan mengenai Tennessee.”Volkswagen akan bergiat aktif di sini” Tambahnya. Volkswagen telah menetapkan jualan di US sebanyak 4kali ganda dengan strategi pembinaaan jenama dengan menyasarkan 800 ,000 jualan pada 2018 daripada 329 ,000 pada 2007.
Model pertama yang akan dikeluarkan di kilang pembuatan baru ini adalah model kos rendah sedan saiz pertengahan yang dibangunkan khusus untuk pasaran Amerika Utara.Volkswagen juga ingin mengeluarkan semula Golf pasaran Amerika bagi meningkatkan keuntungan dan mengatasi kesan negatif akibat kekuatan mata wang Eropah berbanding Dolar Amerika.
Bagi peringkat awal pembuatan,kilang Chattanooga akan menghasilkan kapasiti tahunan sebanyak 150 ,000 kereta, termasuk bahagian pembuatan badan,bengkel mengecat dan operasi pemasangan.Bersama-sama 2000 peluang pelerjaan yang akan ditawarkan Volkswagen, lebih kurang 2000 jawatan tambahan akan diwujudkan melibatkan pembekal dan rakan logistik.
Winterkom merujuk kepada kekuatan mata wang eropah yang tinggi yang menjadi salah satu pemangkin kepada keputusan Volkswagen untuk membina kilang di Tennessee.
Volkswagen berharap pembeli-pembeli kereta di Amerika akan datang untuk melihat produk Volkswagen sebagai produk “tempatan” sebagaimana mereka buat kepada kereta lain yang dibuat di Amerika oleh Toyota,Honda dan Nissan.
Jom komen!