“TUKAR LAMPU XENON HID SEBELUM 1 DISEMBER”-JPJ
KUALA LUMPUR: Pengguna kenderaan dinasihatkan mematuhi syarat pemasangan lampu halogen gas yang dibenarkan dan tidak menggunakan lampu yang berintensiti tinggi (HID) sehingga menyilaukan pemandu kenderaan lain terutama pada waktu malam.
Demikian tegas Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Salim Parlan berhubung penggunaan lampu HID berikutan kesan buruk yang bakal menunggu bukan sahaja pemilik kenderaan terbabit, malah pengguna jalan raya lain.
“Kami (JPJ) memberi tempoh sehingga 1 Disember ini kepada pengguna bagi menukarkan lampu yang diubah suai daripada gas halogen biasa kepada lampu HID.
“Buat masa ini, kami hanya akan mengeluarkan notis kepada mana-mana pemandu yang degil dan sekiranya masih tidak bertindak mengikut arahan yang dikeluarkan, tindakan tegas akan diambil,” katanya.
Ditemui sewaktu mengetuai operasi khas penggunaan lampu HID di Plaza Tol Awan Besar, dekat sini, malam tadi, Salim menegaskan pemandu yang masih berdegil boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan mengikut Seksyen 119 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
SOURCE : HMETRO
……..sehingga menyilaukan pemandu kenderaan lain terutama pada waktu malam. —- 100% agree
WAJA CPS TU MCM MANA.LAMPU TERANG JUGAK TUE