TRADE IN KERETA LAMA DAN DAPATKAN REBATE RM5K UNTUK BELI KERETA BARU BERMULA 2015

image

Skim terbaru ini menggalakkan pemilik kereta yang berusia lebih 10 tahun dan masih boleh bergerak untuk menukar kepada kereta baru dengan cara trade in dan dapatkan rebate RM5000.

Proton dan Perodua pernah menawarkan skim trade in seperti ini. Bermula 2015, semua jenama kereta boleh dibeli dengan menggunakan skim trade in kereta lama untuk dilupuskan ini. Berikut berita lanjut dari utusan.

TRADE IN KERETA LAMA DAN DAPATKAN REBATE RM5K UNTUK BELI KERETA BARU BERMULA 2015

Pemilik kereta berusia lebih 10 tahun kini boleh mendapatkan rebat sehingga RM5,000 untuk membeli kereta baharu, menerusi skim terbaharu yang dijangka diperkenalkan tahun ini.

Malah, skim ‘trade-in’ yang dinamakan Skim Insentif Pengguna itu membolehkan pengguna membeli sebarang jenama kereta daripada syarikat pengeluar peralatan tulen (OEM) tempatan, meskipun kereta yang mahu dilupuskan itu berlainan jenama.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, perbincangan bagi menjayakan skim itu sedang berada di peringkat akhir dan berpotensi untuk dilaksanakan seawal Mac ini.

Selain membabitkan kereta berusia lebih 10 tahun katanya, skim itu juga dijangka terbuka kepada pemilik-pemilik kereta yang terbabit dalam bencana banjir yang berlaku di beberapa buah negeri di Pantai Timur ketika ini.

“Skop untuk mangsa banjir (pemilik kereta) ini baharu sahaja dibincangkan untuk menjadi sebahagian daripada skim ini. Apapun, skim ini masih perlu mendapat kelulusan kerajaan dan juga pengeluar kereta yang akan menilai prospek pelaksanaan skim tersebut.

“Ketika ini, kedua-dua pihak memberikan respon yang baik, dan kepada pengguna skim ini bukan merupakan paksaan,” katanya kepada pemberita selepas Kajian dan Prospek Industri Automotif Malaysia 2014/2015 di sini hari ini.

Tambah Mohamad Madani, skim pelupusan kereta itu pernah diperkenalkan pada 2009 namun hanya membabitkan kereta jenama Proton dan Perodua sahaja.

Jelasnya, pelaksanaan kali ini lebih terbuka meliputi semua jenama kereta yang berminat untuk menyertai skim tersebut.Beliau bagaimanapun, tidak dapat memberi anggaran bilangan kenderaan berusia lebih 10 tahun yang berada di jalan raya negara ini.

“Jika dilaksanakan, kami menjangka jualan keseluruhan kenderaan baharu (TIV) tahun ini mencecah sehingga 750,000 buah. Pada anggaran kami, ia boleh mencecah sehingga 770,000 buah tetapi disebabkan skim pelupusan ini hanya dilaksanakan pada Mac, kami membuat sasaran yang lebih rendah,” katanya.

Jelas beliau, komponen kereta-kereta yang dilupuskan akan diperbaiki semula dan mana-mana komponen yang masih boleh digunakan akan diperbaharui untuk dijadikan alat ganti baharu dengan jaminan.“Skim ini telah dibincangkan sebelum bencana banjir.

Namun, setelah mendapati banyak kereta yang terjejas teruk akibat kejadian ini, kami mendapati skop ini boleh dimasukkan sekali dalam Skim Insentif Pengguna memandangkan mangsa-mangsa banjir mungkin mengalami kerosakan kereta yang teruk,” katanya

Kepada peminat kereta honda, toyoto, Nissan, Mazda mahupun kereta kontinental jenama barat atau Korea yang ingin membeli kereta baru boleh mula membuat kira2 dengan diskaun RM5000 selepas menyerahkan kereta lama untuk dilupuskan.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

kdi

Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

10 Responses

  1. sophie says:

    klo nak trade in kereta proton keluaran 2004 tapi masih ada hutang 4 tahun lagi.

    Boleh ker trade in dengan kereta baru?

  2. Nizam says:

    Kereta sy tahun 1999
    Nak buat trade in ni mcm mn dan ape syatatnye.
    Memerlukan

  3. Noor Aziah says:

    Kereta proton Megavaule sy tahun 1995 dan masih berkeadaan baik. Sebagaimana yg di ketahui skrg ada menawarkan, Skim Pelupusan kereta berusia10 tahun blh mendpt rebate . Sy nk buat trade in. Dimana dan bagaimana sy nk berurusan dan ape syarat2 nya.

  4. Nur says:

    Kereta Sy proton thn 2000.boleh ke Sy nk tkr ke produa? Apa syarat2 dan bgmn caranya?

  5. Mar says:

    Saya ada kereta proton tahun 1996..kalau trade in kereta baru dan jenama selain proton boleh ke? Di mana saya boleh berurusan? Bagaimana dengan syarat-syaratnya..

  6. mohd mislal bahari bin yusoff says:

    Kereta adalah kereta proton gen 2 keluaran tahun 2006 dan masih mempunyai hutang sebanyak 16,800 bagaimana cara nak trade in dan dimanakah tempat yang patut sy berurusan?

  7. kdi says:

    En mislal, nak senang bagi agen la.. kalau x, boleh je buat sndiri just ikut je prosedur tu.. yg penting, cari buyer dulu.

  8. Noor says:

    Saya ada sebuah kereta kancil auto tahun 1996,,berapa harga klau saya nk trade in & bagaimana cara nk trade in,,

  9. kathrine says:

    mcm mn caranya nak trade in kereta lama?

  10. azida says:

    keta sy tahun 1997 sy nk tkr kerata baru mcm mane nk buat dng sape sy nk berurusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close