TOP 10 UGLIEST CAR IN THE WORLD – TOYOTA MENDAHULUI BILANGAN TOP 10 KERETA TERBURUK

Senarai 10 kereta terburuk tahun 2016 oleh autoguide dimonopoli oleh Toyota di mana Prius berada pada kedudukan kelima bersama Mirai dan Toyota Yaris atau Vios versi hatchback pada kedudukan ke 9 terburuk. Kdi bersetuju pada 90 peratus keputusan senarai kereta terburuk 2016 ini yang mana 10% iaitu kereta ke 10 yang diduduki oleh Honda HR-V harus diganti dengan kereta lain yang lebih buruk seperti smart fortwo.

image

Tempat kelima, Toyota Prius merupakan kereta yang tidak dinafikan sangat pelik reka bentuk nya yang terlalu bersegi dan sukar diterima terutama di bahagian belakang. Pada pendapat kami, Prius versi sebelumnya kelihatan lebih cantik dan berbaloi untuk dimiliki. Walaupun kereta ini menjimatkan bahan api, namun penampilannya agak memalukan dan teruk sama sekali.

image

Tempat keenam ialah Mitsubishi Mirage. Kdi banyak kali terserempak dengan Mirage sedan di lebuhraya dan ia kelihatan agak kelakar di bahagian belakang kerana design proportion antara bonet dan lebar yang kecil yang nampak pelik. Namun bahagian hadapan kelihatan biasa dan agak comel.

image

Tempat ke 7 ialah Jeep Cherokee. Kami tidak pernah meminati design Jeep kerana ia kelihatan sangat terkebelakang jauh lebih klasik terutama di bahagian grill depan yang berlubang-lubang seperti itu. Namun bahagian belakang agak menarik dengan lampu Led memanjang. Design Jeep yang paling menarik setakat ini adalah Jeep Renegade 2016 iaitu sebuah 4×4 compact yang sangat comel.

image

Tempat ke 8 ialah Infiniti QX80 SUV yang mempunyai grill depan yang tidak kena langsung dengan rekaan lampu depan kereta tersebut. Bahagian belakang yang bersegi juga menampakkan rekaan yang agak teruk.

image

Toyota Yaris hatchback, juga dikenali dengan nama Vios hatchback bagi sesetengah negara merupakan kereta ke 9 terburuk kerana design bumper depan yang menampakkan seperti misai yang terlalu lebar atau seperti langsir tingkap yang menutupi mulut kereta itu. Design belakang yang terlalu kontot mencacatkan pandangan dari belakang dan sisi.

image

Seperti yang kami beritahu, Honda HR-V tidak sepatutnya berada dalam senarai kereta paling hodoh kerana ia mempunyai rekaan yang agak menarik terutama di bahagian hadapan yang menampakkan sebuah SUV yang gagah walaupun ianya sebuah SUV kompak. Mungkin rekaan lampu belakang yang agak unik menyebabkan ia termasuk di dalam senarai ini. Kami lebih suka menggantikan tempat ke 10 ini dengan model Smart Fortwo atau kereta Nissan Almera.

image

Nissan Juke kekal beberapa tahun dalam senarai kereta paling hodoh dan pelik bentuknya namun pihak Nissan membutakan mata dan meneruskan penjualan model ini tanpa sebarang penambahbaikan exterior.

image

BMW juga tidak terkecuali dalam senarai kereta paling buruk di temat ke 3. Rekaan yang terlalu pelik untuk sebuah kereta kompak tidak sesuai walaupun terdapat logo kereta mewah di situ.

image

Lincoln MKT berada di tempat kedua. Pada kami, semua kereta Lincoln mempunyai design yang agak buruk dan tidak menepati citarasa pembeli pada zaman ini.

image

Tempat pertama kereta terburuk jatuh kepada Fiat 500L! Kereta ini patut dijual pada tahun 1920 kerana rekaan yang terlalu klasik dan kelakar. =D

Anda boleh lihat video senarai kereta terburuk di bawah oleh Autoguide.

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

kdi

Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close