Selamatkah NGV?
Kuasa kereta menurun?
Terpaksa beratur panjang untuk mengisi semula NGV!
Terlalu sedikit stesen NGV!
Ini adalah sebahagiaan pendapat sesetengah orang,kawan dan ahli keluarga bila memperkatakan tentang NGV.Cukup sedih.Tapi betul.Di Malaysia masih banyak lagi perbezaan pendapat tentang NGV.

Berikut adalah beberapa perbezaan pendapat dan salah faham tentang NGV.
Selamatkah NGV?
Gas asli cukup selamat dan lebih ringan daripada udara.
Gas asli akan meresap ke dalam udara sekiranya berlaku kemalangan dan tidak membentuk bahan mudah terbakar.
Gas asli merupakan bahan tidak mudah meletup dan lebih selamat berbanding petrol kerana suhu penyalaan gas asli yang tinggi (630°C) berbanding petrol (450°C).

Bagaimanakah Tahap Ketahanan dan Kekuatan silinder NGV?
Silinder NGV boleh bertahan sehingga 20 tahun.
Ia lebih kuat dan keras daripada tangki petrol.
Ianya dibina untuk menahan tekanan tinggi yang ekstrem dan telah diuji pada tekanan 4500 psi atau 30 bar (kurang berbahaya sekiranya berlaku perlanggaran).
Silinder NGV besar dan berat?mengambil banyak ruang?
Silinder NGV cuma mengambil 1/3 daripada ruang tempat simpanan barang.
Secara purata,sebuah silinder Fiber-komposit (Type 2) 70 liter cume seberat 53kg.
Stesen NGV yang terhad dan tidak selesa?
Setakat ini ada lebih kurang 70 buah stesen NGV Petronas diseluruh Malaysia.
Petronas komited untuk menambah bilangan stesen NGV sekurang-kurangnya 200 buah stesen sehingga hujung tahun 2008.
Beratur panjang?
Kebiasaannya setiap kereta memerlukan 90saat untuk pengisian semula gas asli.
Kebiasaannya teksi akan beratur untuk mengisi semula gas pada waktu pagi,tengah hari atau pada waktu petang pada masa mereka bertukar atau memulakan shif.Tidak banyak kereta yang beratur untuk mengisi semula gas pada waktu lain.







KOMEN ANDA?
CHEAP SPORT RIM SHOP AT RAWANG & TIPS BELI SPORT RIM MURAH
daguto : try..alza 17ince…vip@biber yg power…mtak...
Jenis Muffler S Flow & Straight Flow : Perbezaan, Kebaikan dan Keburukan
L6 : welcome too abg KDI..sekdr ingin membantu rakan2 sprjuangan..hehe. apa...
Masalah enjin kereta tak boleh hidup – engine cannot start problem
mohd fazli : slm….gua member bru join…..nk tanya skit ngn...
HONDA STREAM RSZ VS TOYOTA WISH
zul.. : assalamualaikum…. dah 6 bulan pakai wish 09.. semuenye ok...
PEUGEOT / NAZA 206 BESTARI PROBLEMS
kdi : Kereta ni problem sikit maintenance n after sales x bagus. Better amik...
LETS SHARE PERODUA KENARI PROBLEM & BEST MAINTENANCE SOLUTION
kdi : Dah cek ke belum pinca bocor tu?
HONDA ELYSION MALAYSIA Brought By USF HICOM BERHAD
HH : Anybody know where can I send my Honda Elysion Prestige to fix squeaking...
MOTORBIKE WITH AUDIO SYSTEM – MOTOR SHOW
zurie mohamad : salam… di mana boleh saya dptkan contct number untuk...