Bagi sesiapa yang ingin mengecat kereta pastinya pening memikirkan warna apa yang paling sesuai. Ada beberapa cara untuk anda memilih warna kereta anda.
Antaranya adalah dengan cara memilih warna dari cat tin atau spray can yang dijual di kedai hardware. Selalunya mereka memiliki senarai warna cat tin yang berbeza jenama dan jenis cat. Lebih mudah dengan cara ini.
Anda boleh beli spray can tersebut dan bawa ke bengkel cat murah yang anda percaya dengan kualiti dan kerja mereka. Kemudian kerja mengecat akan dilakukan berpandukan warna pada cat tin tersebut.
SPRAY PAINT COLOUR CODE – IDEA CAT KERETA
Selain itu, anda juga boleh mencari colour code kereta yang anda sudah kenal pasti mempunyai warna yang cantik di internet. Ataupun anda boleh melihat katalog yang diberi oleh tukang cat.
Jom komen!