SHOULD WARM UP YOUR ENGINE BEFORE MOVING?
By kdi • Oct 30th, 2009 • Category: ! Automotive News & Topics
New Contribution By Amir Amirul
Message : KDI..i ade terbace info psal tabiat ni..menurut yang mnulis ni, amalan ni sangat tak membantu pemilik kenderaan untuk menjaga kenderaan tak kisah kereta, motor etc. artikel yg sgat meyakinkan ni watkan i confius which 1 i should believe to tell the othrs. pomen kereta slalu ckap kne panaskan enjin sblum grak..haha..ntahla..
i tak tau klu2 kdi dah penah post psal bnde ni untuk share with the others. klu blum ni link die untuk rujukan kdi.. (Article copy below)
SHOULD WARM UP YOUR ENGINE BEFORE MOVING?
KDI : Actually, warming up your engine in the morning before you start to move is not a practical way anymore. The best way is to start your engine and start moving slowly until the temperature becomes normal.
Copied Article about engine warm up :
Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan. Gua syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu gua ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top.
Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap gua, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana?
Berdasarkan pemerhatian gua dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk gua start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa gua pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk gua masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa gua pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Volvo kegemarannya. Kemudian bila gua dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, gua pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya gua tak buat. Sebab gua ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Tambah lagi biasanya gua bangun lambat. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni?
Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun , United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah?
The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia ? Gua rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja.
Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, “Engines run best at their design temperature”. Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi ‘gentle’ kalau pandu terus.
Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya.
Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%.
Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat.
Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun gua tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan.
Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 – 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar?
Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin.. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)?
Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia . BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup.
Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau tunggu makwe turun LRT, berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global.
Related car facts
| All posts by kdi 1,842
Get Cool Car "INFO" @ Kereta.INFO everyday for FREE! Bookmark us & Visit KDI everyday!



aku susah nak cakap ape…..40 thn bapak aku amalkan pemanasan enjin dan lebih kurang 10thn aku amalkan nyer…. takde masalah kat enjin..dan kete lama bapak aku / member bapak aku /aku sendiri masih ok lagi….dan tip-top to be exact…hehe. Tapi biasalah, kete jenis ford, mazda, protong saga, kancil, nissan…tu jer…bukan jenis bmw atau merc
aku pun masih amalkan upacara pemanasan enjin gak..
tapi kurang pada 1minit jela kan…
xrugi pun/….
@tres..
takde apa masalah sgt dengan memanaskan enjin (secara statik) cuma yang rugi nya minyak kereta anda burn tetapi kereta tidak bergerak dan komponen lain seperti bearing, gear, etc tu akan dipanaskan bila kereta ko mula bergerak. camtu jer.. hehe.. enjin mmg ok mmg boleh jalan lagi. tapi wear & tear kat dalam enjin ko tak nampak. ada tak rasa minyak makan banyak lepas berapa tahun pakai keta tu? ada tak ko rasa minyak enjin ko cepat surut? underpower? beza kat situ r..
Sekarang kereta sume dah guna teknologi baru. tak perlu berminit2 nak panaskan enjin. 10 20 saat pun dah cukup.
Kalau kereta auto atau AMT mcm aku, aku just lepas brek & biar kereta berjalan slo2 selama beberapa puluh sa’at then bila rasa enjin dah smooth, lenjan ler. FYI, AMT macam yg dalam kereta savvy, kalau gearbox tak cukup panas, TCU mmg takkan bagi change gear. a’ah.. takle la nk buat style srart enjin terus lenjan. :p hurm.. takpe lah.. bagus ler dia jaga gearbox. (org len yg rosk gearbox tu aku tak tau la camne dia guna.huhu.)
p/s: kalau habit yang start enjin pastu terus revving utk panaskan minyak.. yg tu lagi tak baik untuk enjin.
mmg btul artikel kt atas tu..tp x amik kira bnyak faktor..kalo kete baru or tahun 2004 ke atas bole la start enjin trus jalan je, tp cuba try wat kt kete saga lama mak aku ni kalo bole..mau x tersengguk2..nk xnk kena warm up dlu jgak..jgn bndingkan negara kita ngan jepun, united kingdom sume tu..diorg kt sn kete murah, mna ada org pkai kete lama kt sana sbb senang2 je bole tuka kete baru..cuba tngok kt malaysia plak, bersepah org y still pkai kete y umo lebih 10 tahun..aku penah jgak try wat mcm y disarankn kt atas, tp result dia lnsg x mmberansangkan..da la kete asyik tersengguk2 ms mula2 nk jln, pastu aku notice FC lg tinggi if nk di compare dgn kalo aku warm up kete dlu..
Orang pun kalau bangun tidor terus pecut berlari keluar memang adalah sendi2 yg akan sakit nanti, kena jugak warm up atau Regangan jugak… Itu belum amik kira air liur basi ngan rambut berserabai.. ha ha hahh
joko
ko selalu buat ke?
mcm ceta pengalaman je bang… hahaha
warm up jela seminit ke
bg minyak itam naik dulu kt component sume
pastu bwk la slow2 bg temp naik plak
Mel,
Aku Sokong..”Bagi Minyak Itam naik dulu” hmmm
Cd macho,
Regangan tu biasalah.. ala-ala taichi maa… kasi komponen2 kat pinggang kuat, baru boleh masuk highway…
kalo tak meregang, tak boleh masuk highway……..mmmm
ni pengalaman sy lah..
kete n moto sy..sblm gerak sy konpem akan panaskn enjin..
sbb ape tau..bl da panaskn enjin..kete or moto sy bjalan ngan lancar n pick up pn ade..
klo xpanaskn enjin..mmg hampeh..rs berat je..pick up kureng..
huhu..
ni pengalaman aku pule.
ak bwk kete honda EH lame..dah 13thn centu.
kalu pagi2 main jalan je nnt kete akan rase berat pastu minyak turun laju giler
kalu warm-up sampai rpm hampir dkt 1 xpon temperature naik cikit..kete jln smooth je…fc pon okeh~
Bagi sesetengah orang, nak drive kereta ni macam nak bersetubuh…ringan2 dulu bagi panas….
salam
aku sokong pndapat nas 100-1000%… (bunyi mcm lucah jgk kan)
apa benda pun kena warm up dulu kan…
tengok bola, kalu ada pemain nak ganti kan coach depa suruh warm up sat…
nak main terus pun bole tapi semput la…
betul tak nas???
wa…
confius la… mana satu nak ikut ni?
Hoho isu ni x bpe mengelirukan. Ada lg 1 mitos x berasas.. Dgr ye.. BTOLKAH ENJIN XBOLEH DIMATIKAN SECARA MENGEJUT SELEPAS DIGUNAKAN LEBIH2 LAGI SELEPAS BERJALAN JAUH??? aku rasa hoax je. Setahu aku enjin memang da serasi bekerja mase 2, jd x perlu tunggu 5 minit(memba aku biar enjin 20 minit pas balik tangkak-jb,gila pye org). Terbukti selamat nk matikan enjin pas berhenti. Kadang plik mane org2 ni dpt petua xberasas ni.. Jd minx xpert kat sini ulas petua mengarut lg 1 ni.. Sila beri fakta yang betul..
seminit dua kena tunggu gak nak bagi minyak enjin circulate semula…nie masa pgler…
SALAM , , , , , , , , , , ,
Mean for HEAT the ENGINE, , , seems so subjective, , ,
For better response and less FC better use this concept >>>>>>
Wait untill ur RPM meter less than 900 RPM ( 1K < RPM )
For older car, , , if the RPM meter doesnt seem less than 900 rpm , , , check ur throttle body 1st .
The fact is, , , u will get the result if ur not the so so heavy footer !
Thank you . . . . . . . . . . . . . . . . .
==
*****
#####
No need to wait for 5 minute also 2 minute after using for long journey laa haiyo !
Just free ur gear then wait a second for off the engine .
Dont penin penin ur head .
TQ
Salam all,
I agreed about this mitos…i also do as what most of us do every morning. last 2 year i read the article from shell that we just need 30s to give oil to lube up the engine..(never push ur paddle) then after that u can normal drive that all. Ignore the temp & rpm needle..
I run to offce hrs0730, that time of my starting engine..but i notice my neigbour warmup his car (kelisa,satri & wish) around 5-8min..oo my gudness. maybe he got fuel allowence la maybe…i’m want to joint his company also…
Betul tu cd macho… tapi apa yang aku biasa buat… start je terus jalan tapi kena maintain engine rotation (rpm) rendah (tak lebih 3000rpm) untuk jangkamasa 3-5 minit, selepas temperature air dah naik sampai ‘operating temperature’ baru boleh jalan laju sikit….
Kete aku pn sama..kalo start pg2, kne warm-up dlu..kalo tak,rase berat and tersemtap..aku just tgk rpm bwh 1000 kire ok dh blh jln2 bru lancar…
Lepas bru balik dr Johor or kg, aku mati kn engine kete cam2 jer..xd masalh sampe skrg…
dh 8 tahun aku pake kete..tip-top
pape pn kn..
xkesah la korang nk warm up dl enjin kete or moto ke x..
asalkn x affect pape pd enjin kete or moto korang..janji kete bole jalan ngn lancar..btol x ?
xde salah pn nk warm up enjin..n xde salah pn xwarm up enjin..
psl penggunaan minyak bl warm up enjin..sy rs xde la affect sgt pn..
sape stuju ??
Tokleh warm-up enjin la pulak.. Memang laa enjin panas tak guna.. Kita nak enjin tu suam2 kuku jek.. Kepanasan tu yang merosakkan komponen2 ngan tegasan2 dalaman keta tu.. Tapi tujuan menghidupkan enjin tu dan membiarkan dia dalam keadaan melahu dalam beberapa minit terutama pada waktu pagi bukan dengan tujuan utama nak panaskan enjin tu.. Panas tu special effect dia laa.. Dia gini..
Bila enjin dah berenti lama, hampir semua minyak pelincir tu turun semula dalam tangki penakung kat bawah tu.. Dia turun sebab ada tarikan graviti.. Yang tinggal cuma satu lapisan nipis je pada permukaan komponen2 kat dalam enjin tuh.. Minyak pelincir ni plak akan membentuk lapisan pelincir mengikut kualiti semasanya.. Maksudnya, minyak baru sifatnya lain.. Minyak kalau dah nak sampai time servis tu, sifatnya pun dah lain.. Kalau minyak pelincir baru tukar, lebih elok ditunggu sampai suhu melebihi suku daripada takat operasi biasa, baru le mula gerak.. Gerak pun terus macam biasa jek.. Tapi kalau minyak pelincir tu dah nak hukum tembak, tunggu le kejap sampai separuh daripada suhu operasi biasa.. Tu pun kena ram sket minyak.. sket jek.. kalau keta biasa, jarum tacho jejak sekejap kat 2500 – 3500 rpm pun dah cukup.. Jangan buat banyak kali.. Nanti ganggu jiran la pulak.. 2-3 kali pun dah cukup.. Cuma nak pastikan minyak pelincir tu dah bergerak ke seluruh ceruk tempat yang diperlukan kat dalam enjin tu.. Minyak dah lama ni kena tunggu panas sket sebab dia punya suhu bekerjanya dah berubah.. Dalam keadaan sejuk, dia lebih likat berbanding minyak baru.. Ditambah pulak dengan campuran enapan karbon yang terhasil sekali dengan bendasing bersaiz seni yang lain..
Kanada mempunyai kualiti udara yang berbeza berbanding 1Malaysia ni.. Udara kat sana biasanya sejuk dan kering.. Kat Malaysia ni, udara kita panas dan lembab.. Kata orang kampung atok, humid.. Lembapan dalam udara perlu diasingkan secara berhemah sekiranya kita mahukan prestasi optimum daripada kenderaan kita sepanjang hari.. Udara yang terperangkap dalam kebuk pembakaran, intake manifold, venturi dan penapis udara dalam sistem enjin kita, sekiranya dibiarkan beberapa lama, akan kembali kepada kadar lembapan asal, hampir sama macam sebelum masuk ke dalam sistem enjin.. Ditambah pulak dengan bekalan udara segar yang lembab daripada persekitaran terutama pada waktu pagi.. Jadik sedikit lembapan akan berjaya menyusup masuk ke dalam kebuk pembakaran pada waktu enjin sejuk.. Jika lembapan ni tidak diuruskan keluar daripada sistem pembakaran enjin dengan berhemah, dia akan memberikan kesan terutama pada prestasi pencucuh.. Tu yang tersengguk2 tuu.. Pasal tu orang dulu2, kalau enjin moto tak mau idup pagi2 dia tuko plug dulu..
Jadik secara tak langsung suhu panas pada bahagian enjin diperlukan untuk membantu mengusir lembapan daripada masuk kedalam sistem enjin kita.. Tapi jangan laa panas sangat.. Udara yang panas sangat kalau masuk dalam kebuk susah nak terbakar sebab petrol yang dibekalkan akan terpeluwap dengan lebih cepat dan melekat pada dinding kebuk pembakaran.. Kalau enjin kabereter lebih terasa kesan dia ni.. Sebab petrol yang melekat akan memekat dan menutup liang2 venturi.. Keta injeksyen??.. Nanti lelama dia tutup lubang enjeksyen laa.. Bila lembapan dapat diusir dengan baik, biasanya keta kita akan memberikan isyarat ekjos berair.. Tu maknanya lembapan yang awalnya ada dalam sistem enjin dah berjaya dikeluarkan.. Sebab tu ekjos keta yang tuningnya enjinnya betul akan berair bila start pada waktu pagi.. Udara yang dah melalui proses pembakaran tadi akan melalui sistem ekjos yang biasanya masih sejuk pada waktu pagi.. Dia tukar le jadik air balik.. Kalau enjin yang ratio campuran petrol ngan udara tak betul, masa start pagi ni la dia bagi signal.. Kalau kuat bau petrol kat ekjos, tuning dia terlebih petrol – keadaan rich.. Kalau dia berasap takde air keluo masa start pagi, dia terlebih angin – keadaan lean..
Tapi ikut korang laa.. Nasihat atok, warm-up 3 minit.. Ni masa yang cukup untuk nak mengusir lembapan dalam sistem enjin yang ada dan cukup masa untuk panaskan enjin untuk menolak lembapan luar daripada masuk semula dalam sistem enjin kita.. Tapi kalau nak jimat minyak sangat, start setengah minit pun dah boleh masuk gear.. Dah nak cepat.. Lambat kang potong gaji.. Of course.. Hahah
kalo berenti kat traffic lite tu biasanya akan amik 2-3 minit atau mgkn lebih utk menunggu lampu tukar ke hijau
so pasni kita ramai2 bila berenti kat traffic lite matikan enjin…hehehe
baru la mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global..hehe :p
terpakse panaskn enjin…..
klau sejuk enjin semput…..
biase r kete lame…..
kalau taknak tunggu lama utk tunggu enjin sampai suhu operasi optimum & xnk bg sengguk2. cuba try pakai minyak yang baik sikit.
takpe la abes duit lbih sikit bli minyak enjin mhl sikit. tapi minyak tu jaga enjin ko & memudahkan ko kelak.
minyak enjin aku pakai full syntetic bardahl pun harga rm85 sbotol 4 liter. semi-syn pun bagus utk jaga enjin. kurangkan geseran masa cold start.
magnetec mahal sikit. tapi dengarnya magnetec mmg melekat kat dinding enjin & korang tak payah panaskan enjin sgt sbb minyak tu mmg tak turun sangat walaupun ditinggal lama.
kalau komen dari pengeluar kereta ke, pembekal spare part kereta ke diorang memang suka cakap tak payah warming up enjin, supaya enjin leh cepat rosak, tapi kalau dari para pencinta kereta kita mesti warm up enjin… baru sedap nak racing…. kete racing pun warm up dulu hehehe
Kalau boleh warm up tak payah rev enjin,Biarkan melahu sekitar 3-4 minit.Jalan pelan dah agak 3 minit bawak baru boleh laju sikit,Tu baru jaga enjin.Takkan enjin baru start trus jalan.Macam body kita jugak kalau bangun tido nak hisap rokok mestilah minum air suam 1 gelas dulu takde cepatlah kena cancer.Pandai jugak mat salleh mengakal org
betul tu bro norman…
aku pagi2 amalkan minum air masak 1gelas sebab nak isap rokok n time nak tido selepas isap rokok…
siang aku ikut petua mak aku n malam petua daripada bini aku (paham2 jela)
tambah satu lagi ….. tune up kete tu ….. valve clearence nya, carburatornya, firing timingnya.
Aku dolu pernah guna Fiat 2.0, Fiat 1.8 ok je. Org ckp minyak kuat, aku ckp x lah kuat tp kne tunning je. Klu ada auto-choke atau electric-choke sesekali check, servis & adjust choke tu. Jgn la biar sampai lingkup lak ye.
apa2 hal warm up la sket …. x yah lama … klu nk cepat, tunggu sampai RPM dah steady @ dah turun sket baru jalan …..
biar minyak enjin naik dulu (sebenarnya minyak enjin dah naik waktu mula cranking lagi) ….. kebanyakkan enjin & minyak enjin beroperasi dgn baik pada suhu optimumnya ….
intake manifold yg dah cukup panas (bukan terlalu panas) membantu dalam atomization petrol ….. ini membolehkan pembakaran yg lebih baik (kurang pencemaran) .. hasilnya combustion chamber yg lebih bersih …..
ada kereta injection moden yg perlu cukup warmup utk beroperasi dgn sempurna …. klu x cukup panas mungkin ECU @ TCU akan cut performance ….
Kita manusia pon klu bangun tido terus lari akan sakit2 badan lepas tu x pon heart attack … trus mati ….. hehehee
Kalau kita beli kereta baru, tentu dibagi buku manual kereta. Namun brapa ramai yang melapangkan masa untuk memebaca apa yang ada dalam buku manual tersebut. Sedar atau tidak, dalam buku manual ada saranan pengilang agar memanaskan enjin terlebih dahulu. 15 minit adalah masa optimum. namun bagi kenderaan yang guna semi auto choke mcm kancil dan yang sewaktu, bagi saya memadai jika RPM telah turun ke 1000 ( idle normal) dah boleh jalan. ( waktu sejuk RPM naik 2000 ). masa yang diambil lebih kurang 3 minit. Pengilang juga sarankan agar enjin x dimatikan terus selepas perjalanan jauh atau selepas pemanduan yang laju. biar selepas beberapa minit barulah sesuai untuk mematikan enjin. tujuannya adalah untuk memberikan peluang kepada enjin mengurangkan suhu panas lampau. amalan ini baik untuk penjagaan enjin. Namun saranan agar tidak terus mematikan enjin ini lebih ditekankan kepada enjin yang mempunyai kuasa pendesak (turbo). Tujuannya adalah memberi peluang kepada enjin mengurangkan suhu panas lampau yang terkumpul di dalam enjin hasil daripada pendesak kuasa ( turbo ). Jika enjin dimatikan terus, kerosakan bakal berlaku kepada komponen enjin kerana suhu enjin yang mempunyai turbo adalah lebih tinggi daripada enjin tanpa turbo ( N/A ). Maka turbo timer / engine timer adalah benda yang ideal untuk membantu kita mematikan enjin dengan pemasa yang telah kita tetapkan selepas beberapa minit tanpa perlu kita menunggu di kereta bagi memastikan suhu lampau dan dikurangkan sebelum enjin dimatikan. Ketahanan enjin juga kereta bergantung penuh daripada sikap pemiliknya seperti cara pemanduan, servis berkala dan sebagainya. Saya hanya mampu memiliki kancil 850 EZ baru keluaran 2003 dan hingga hari ini plug masih blum tukar, enjin masih belum top overhaul (masih tip top) . apa yang saya amalkan adalah apa yg saya kongsikan bersama pada ruangan ini. Jiran saya yang juga memiliki kancil 850 EZ baru kluaran 2006 dah general overhaul, minyak naik plug dan sbagainya. Apa yang saya pasti, amalan pemanduan kami dan cara penjagaan enjin kereta memang cukup kontra…..Apa2 pun, terpulang kepada individu untuk membuat penilaian. Sekian.
sukati korglaaaa