Pemasangan rearview camera atau reverse camera merupakan satu modifikasi yang agak leceh. Bagi sesiapa yang ingin menjimatkan masa dan tenaga, pemasangan kamera undur memakan kos tidak lebih dari RM 80 di kedai aksesori kereta. Manakala harga reverse camera paling murah adalah sekitar RM50.
Pastikan head unit atau cd player kereta anda mempunyai screen dan dapat support penggunaan rearview camera. Pemasangan mengambil masa dalam sejam.
Jika sesiapa yang minat DIY, boleh follow wiring diagram yang terdapat di internet dan mulakan dengan wire routing dari head unit player ke bonet belakang.
Kemudian, tap wire power dari lampu reverse di tail lamp. Wire hitam disambung pada mana-mana point grounding.
Soket kuning dimasukkan ke slot pada dvd player kereta anda. Start enjin dan cuba masuk ke gear reverse dan pastikan screen head unit dvd player anda memaparkan pandangan belakang.
Cara memasang reverse kamera ini nampak mudah namun agak leceh apabila wiring panjang perlu disorokkan dari depan sampai ke belakang.
Selamat mencuba!
REARVIEW REVERSE CAMERA INSTALLATION – PASANG KAMERA UNDUR
Sy nak taya kenapa camera reverse alza kabur
Nak buat mcm mn