• Kereta Malaysia modified car magazine. Daily car spec sales promotion news.

PUNCA MASALAH AIRCOND KERETA TAK SEJUK

wpid aircond problem

Masalah aircond adalah masalah paling merunsingkan dan melibatkan kos yang tinggi terutama jika melibatkan kerosakan aircond compressor dan komponen lain. Namun pengguna kereta perlu bijak mengenal pasti punca masalah dan bertindak dengan berhati-hati.

PUNCA MASALAH AIR COND TAK SEJUK

Selalunya, pada kereta moden zaman sekarang, aircond atau pendingin hawa jarang bermasalah. Namun ketahuilah jika selepas 2 tahun anda tidak pernah membuat sebarang servis aircond kereta anda, kemungkinan besar masalah air cond tak sejuk akan melanda.

Jika ia berlaku, kenal pasti masalah dan puncanya. Antara persoalan yang perlu diketahui adalah:

1) Bilakah waktu aircond kereta anda tak sejuk?

2) adakah aircond compressor anda berfungsi? Bunyi sentakan “ktak!” Muncul selepas anda on ‘a/c’

3) Berapa lama masa diambil untuk sejuk ataupun tiada kesan sejuk langsung

4) Adakah angin blower bertiup kuat seperti biasa?

5) Adakah sebarang tanda kerosakan lain terdapat pada sistem aircond kereta anda?

Untuk beberapa soalan di atas, mungkin anda dapat kenalpasti masalah dan penyelesaiannya.

Antara punca utama adalah aircond tidak pernah diservis iaitu menambah minyak dan topup gas aircond (trifluoroethane) sehingga menyebabkan aircond terlalu lambat sejuk, compressor rosak yang menyebabkan tiada penyejukan langsung, blower rosak atau cabin air filter tersumbat yang menyebabkan angin blower tidak kuat atau tidak sejuk, gas bocor pada sistem aircond penyebab angin tidak sejuk, suis pelaras suhu (temperature adjust) rosak, atau temperature sensor rosak.

Banyak lagi sebab air cond tidak sejuk pada kereta lama dan baru seperti myvi, saga, viva, alza, exora, persona, kembara, kancil, kenari, wira, savvy, gen2, preve mahupun inspira.

Namun, anda perlu rajin bertanya dan membuat survey pada bengkel2 berlainan untuk kepastian kerosakan sistem aircond anda.

Setelah dikenalpasti, bolejlah anda meneruskan repair aircond kereta dan kos bermula dari serendah RM60 untuk servis biasa topup gas dan minyak sehingga hampir ribuan ringgit jika compressor atau komponen aircond lain rosak dan perlu diganti dengan alat ganti air cond spare part yang original dan berkualiti.

Share and Enjoy

  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px
  • wp socializer sprite mask 32px

kdi

Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

13 Responses

  1. Abd Razak says:

    Mohon bantuan…….saya pakai kereta Avanza……tahun lepas saya dah buat mejer servis air con……..masalah sekarang air con kereta saja bila buat perjalanan jauh sekejab je sejuk lepas tu rasa panas……bila saya off air con……dan on sekula bebera lama kemudian sejuk dan panas semula terutama waktu cuaca panas yg peliknya waktu awal pagI dan malam ok je…….mohon penjelasan…..tq

  2. Amin says:

    Mohon pandangan, kereta saya Proton Inspira telah ditukar motor blower & resistor oleh bengkel. Itu yg. dikatakan punca aircond panas (walaupun ada gas). Baru2 ni saya perasan bila di-on kan aircond ada bunyi sentakan ‘ktak” dan kipas aircond/compressor berputar selama lbh kurang 8 saat setiap kali kemudian berhenti. Kereta kawan saya jenis yang sama saya lihat kipasnya berpusing dalam tempoh yang agak lama sebelum berhenti. Apakah ini normal atau ada masalah lain ? Suhu termostat sentiasa berada pada paraslbh kurang 50%.

  3. kdi says:

    Kalau suhu enjin ok, suhu aircond sejuk, tak ada masalah.

  4. prem says:

    new offer car aircond service in puchong with guneine part..our satisfield my priorty…cheap price include satisfield service…all parts got waranty…more info call 0162986361 prem………………….new offer saga .wira.waja compresser riccon rm350.00………..coling coil rm150.00…………………..

  5. abg faisal says:

    saya guna kereta viva exclusive.masalah sekarang ialah kereta saya mengalami masalah pada aircond.pada mulanya air cond sejuk dan blower angin kereta kuat…dah lama sikit blower angin kereta bunyi mcam tersumbat je….angin aircond pun tak berapa kuat….minta pandangan bagaimana hendak membuat service sendiri….

  6. Lah says:

    mohon pandangan KDI.. Sy guna Gen2 manual, aircond bru je isi gas awal oktober hari tu.. Now da x rase sejuk.. Bila on je AC, dah x ade bunyi ktak” da.. Masalah ngan kompressor ker?
    If kompressor jem masa drive, akan effect pd kereta ker? Or still bleh drive lg? And anggaran cost utk replace compressor..? Thanks KDI

  7. kdi says:

    Lah, temperature engine naik x? Radiator fan jalan x?
    Suis pon bleh jd problem kalau xde respon.

  8. izwan says:

    Mohon pandangan kdi, kereta preve saya da masalah, air con x sejuk, then bila pergi sc, terdapat saluran gas bocor. Mohon pandangan jika saya hantar di sc proton, boleh claim waranty? Kalau betul kan sendiri, brapa yew kos nya? Harap dapat membantu..

  9. selva says:

    Dear,
    A.cond kereta kembara sy x sejuk pd waktu panas tengah hari, tapi malam ok, sy x pernah service sejak beli selama 12 tahun, bila on a.cond, compressor ok, gas ok, mungkin coolling coil kotor kot, boleh kah sy service sendiri tanpa membuang gas?boleh lock gas? Sy takut pergi kedai cina, nanti kena sembilih, itu rosak ini rosak.memang sy tahu tiada benda yg rosak, hanya kena service sj, boleh x mengajar sy cara service?sy pun foreman motor dan juga wireman.how bro?

  10. helmi syah says:

    salam..tumpang tanye ape masalah aircond xsejuk mase cuaca panas dan berhenti dlm mase yg lame dlm cuaca panas..

  11. dodo says:

    Assslam….Tumpang bertanya kepada otai2 di sini…Saya pengguna kereta saga BLM(2009)..Masalahnya aircond kereta saya xsejuk bila mula warm up keta dan bila behenti lama terutama semasa di traffic light..Soalannya apakah masalah tersebut? apakah langkah perlu diambil untuk mengetahui punca masalahnya? berapa kos pembaikpulih aircond tersebut terutama sekali harga barang spare part?

  12. jazz says:

    Nak Tanya, saya pakai myvi 1.5se, xsampai setahun tp aircond xsejuk tp time pg and mlm ok tp bunyi aircond tu lain mcm sikit….sy gi Perodua dorang suruh saya gi denso…tp Ade warranty x?

  13. Mat says:

    Tuan, kereta saya Hyundai Sonata 2011 bila buat check pakai pdt, pdt menunjukkan cabin temperature sensor rosak. Jadi kompresor tak ON OFF mcm biasa. Kalau nak tukar compressor pun tak padan sebab sensor saja yang rosak. Tuan ada cadangan untuk modify cabin temp sensor ni tak?,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>