- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • AUDI TIOMAN GREEN – WARNA SEMPENA NAMA PULAU TIOMAN MALAYSIA
  • PUNCA ENGINE OVER TEMPERATURE – OVERHEAT – TERLALU PANAS

    image

    Masalah enjin kereta terlalu panas selalunya berkaitan dengan sistem penyejukan yang gagal berfungsi. Antara komponen yang terlibat adalah radiator, hose, radiator fan, water pump dan enjin itu sendiri.

    Jika jarum temperature atau suhu kereta anda melebihi had dari yang biasa ke arah HOT, hentikan kereta anda sebelum perkara lebih buruk terjadi.

    Periksa air radiator setelah enjin sejuk. Periksa tabung coolant spare tank untuk pastikan air radiator masih banyak dan tidak mengalami sebarang kebocoran.

    Jika air coolant masih banyak,  kemungkinan water pump risak atau ada mana-mana laluan coolant tersumbat.

    Jika ada kekurangan air coolant, sila cek di bahagian bawah enjin jika ada sebarang kebocoran. Antara tempat yang selalu bocor adalah radiator hose seperti gambar di atas. Selain itu radiator dan tangki coolant juga boleh jadi punca kebocoran.

    Jika tiada bukti kebocoran bawah enjin, kemungkinan besar ada kebocoran ke dalam enjin yang mana jarang berlaku. Periksa engine oil dipstick jika ada kehadiran air yang menandakan kebocoran dalaman enjin.

    Jika anda tidak pasti, telefon lah mekanik yang anda percaya dan isi semula air sehingga penuh untuk meneruskan perjalanan ke workshop berhampiran.

    PUNCA ENGINE OVER TEMPERATURE TERLALU PANAS

    Please follow and like us:
    error

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    5 Responses

    1. ahmadrizal says:

      Tmpoh hri kereta sy sukar Untk tukar gear.. Bile sedang memndu. Gear boleh droop dngn sendrinye.. Seperti free gear pun boleh jdi.. Gearbox problem kate mknik.. Hmpir 2 thun masalah terjadi… Bnyk mknik yg Saye jmpe bkata same.. Gearbox problem.. Tp Bru Bru ni radiator sy bocor.. Lpas tukar yg Bru, masalah gearbox dah takde.. Skrng kereta sy dah seperti sedia Kala.. Sy gne kerta atos auto trnmesion hundai year 99.. Boleh Saudara jelaskan ape yg terjadi sebenarnye..

    2. donald says:

      mengapa sebab kereta saya pandai naik tempereture apabila kenderaan berhenti atau jem di traffic light..apabila kenderaan bejalan seperti biasa temperature akn turun semula..apabila di cek air bekurangan sedikit..boleh bagi pencerahan..

    3. jeff says:

      Kipas tak berfungsi tu

    4. Azroy says:

      kereta selalu overheat , ingatkan masalah cooling system jadi saya tukar radiator , water pump , hose ,thermostat dan lain lain . tapi masih lagi overheat . ada punca lain ke kereta selalu overheat selain cooling system ?

    5. Freddie says:

      Lori saya sudah tukar radiator, hose,water Pam, dan tiada kebocoran dalam engine,..
      Apabila saya mendaki bukit dalam keadaan engine berat, engine akan panas….
      Tetapi apabila saya menukar gear rendah dan rpm menjadi lebih tinggi, engine lori saya akan menyejuk kembali…apakah masalah engine lori saya

      Isuzu npr 4.3

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)