- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • AUDI TIOMAN GREEN – WARNA SEMPENA NAMA PULAU TIOMAN MALAYSIA
  • PROTON MPV – PELAN LUKISAN PROTON MPV – PROTON MPV DRAWING PLAN

    Proton MPV

     Proton MPV

    Ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nantikan Proton MPV.Setiap hari Proton MPV menjadi topik yang hangat.Proton sepatutnya berbangga dengan keadaan ini.

    Beberapa blog tempatan telah menunjukkan pelan lukisan Proton MPV yang telah dihantar ke  UK’s Intellectual Property Office. Ia kini menjadi tatapan umum.

    Pandangan hadapan Proton MPV seperti Ford Focus, pandangan sisi pula mengingatkan kita kepada Mazda5 dan secara keseluruhannya pereka cipta Proton MPV seharusnya diberikan pujian kerana Proton MPV betul-betul menakjubkan.

    Proton MPV Drawing Plan 2

     Pelan Lukisan Proton MPV

    Datuk Syed Zainal sebelum ini telah memberitahu bahawa barisan ketiga kerusi penumpang boleh dilipat rata ke lantai seperti MPV terbaru yang lain.Difahamkan juga barisan ketiga kerusi penumpang Proton MPV boleh terbelah dua tidak seperti Toyota Avanza atau seperti Nissan Grand Livina.Ianya bagaimanapun tidak boleh dilipat kehadapan, begitu juga barisan kedua kerusi penumpang Proton MPV. Susunan kerusi Proton MPV adalah berdasarkan 2 + 3 + 2.

    Proton MPV Drawing Plan 3

     Pelan Lukisan Proton MPV

    Dari segi saiz,Proton MPV mempunyai saiz yang lebih besar daripada dua model MPV daripada Jepun.Proton MPV mungkin akan termasuk dalam kategori Toyota Wish, Honda Stream dan Mazda5.Bahagian dalaman Proton MPV juga agak ringkas,asas tetapi kelihatan menarik.Proton juga telah mendengar pandangan orang ramai dan kehendak pasaran dan Proton MPV pasti membuat semua orang teruja! .

    Proton MPV Drawing Plan

     

    Dari segi Enjin, seperti yang kita tahu sebuah enjin Campro turbo sedang dibuat di Hethel, tapi ianya tidak mungkin dijadikan enjin Proton MPV. Sebaliknya versi rebaru Campro CPS mungkin menjadi pilihan.Versi terbari Campro CPS ini dikatakan lebih lancar dan mempunyai tork dan kuasa yang lebih tinggi daripada enjin Campro sebelum ini.

    Semoga Berjaya Proton!!

    Proton MPV

     Pandangan Belakang Proton MPV

    Update : Please refer full specification of Proton Exora MPV here

    Please follow and like us:
    error

    iz

    Majalah kereta Malaysia Test drive review Review kereta di Malaysia

    7 Responses

    1. virusxxl says:

      Proton patut tengok contoh Chery Alado V5 keluaran china… dan jadikan sebagai panduan terutama dari segi design luaran dan dalaman, dan juga dari aspek keselamatan. walaupun keluaran china tapi mereka mendapat kepakaran dan teknologi dari Russia dan mereka juga menang banyak award di Europe. Chery Alado v5 ini dengar ceritanya akan memasuki pasaran Malaysia pertengahan tahun depan. Buat macam Naza je.. ambil KIA convert buat Naza. Tapi proton ambil chery Alado convert buat proton. Lepas beberapa tahun buat upgrade. Yang penting harga berpatutan, produk berkualiti tak payah nak fikir soal RnD dan sebagainya.

    2. mohd azhari othman says:

      congrat to proton…………..
      but proton should built this mpv long time ago before other car manufacture took a lead selling mpv segment in malaysia. for example toyota avanze and grand living na.
      feel too long until march 2009.

    3. Mr Zek says:

      Kalaulah proton bentuk seperti Mazda 8, apa salahnya. Sebab Perodua Viva pun serupa macam Daihatsu di Jepun. Itu pun ramai yang tak tahu. Laku juga kereta itu.

    4. orangbiasa says:

      virusxxl said

      Proton patut tengok contoh Chery Alado V5 keluaran china… dan jadikan sebagai panduan terutama dari segi design luaran dan dalaman, dan juga dari aspek keselamatan. walaupun keluaran china tapi mereka mendapat kepakaran dan teknologi dari Russia dan mereka juga menang banyak award di Europe. Chery Alado v5 ini dengar ceritanya akan memasuki pasaran Malaysia pertengahan tahun depan. Buat macam Naza je.. ambil KIA convert buat Naza. Tapi proton ambil chery Alado convert buat proton. Lepas beberapa tahun buat upgrade. Yang penting harga berpatutan, produk berkualiti tak payah nak fikir soal RnD dan sebagainya.

      aku said-

      proton xleh jd mcm naza.. hanya ciplak kreta luar.. proton skarang brada di landasan yg btul.. walaupun RnD memerlukn kos yang banyak tp 2 cuma untuk jangka masa yg pendek tp pada jangka masa yg panjang banyak klebihan yang akan proton perolehi.. kalau hanya menciplak hasil orang luar sampai bila pun malaysia xkan maju.. ambil contoh enjin yg dihasilkan, walaupun pada mulanya xbrapa bagus at least ada peningkatan yang lebih baik.. syabas proton.. walaupun ramai yg mengutuk tp ingatlah bahawa rakyat malaysia sentiasa menyokong barangan buatan tempatan.. malaysia boleh..

    5. kaizer says:

      rupa paras da menarik, bergaye tp knape la tak kuarkan cc yg lbh besar cikit…

    6. PemilikProton says:

      hehehe.. kang CC besar, x leh nak bayar roadtax plak… 1.6-1.8 dah ok kot.

      Alado chery tu 2.4 guna mitsubishi kan? berapa harga roadtax dia?

    7. sifu says:

      Menarik…..proton perlu sentiasa ke depan dalam mencari kelainan dan kesesuaian kegunaan kenderaan dengan jalan raya dan struktur muka bumi negara Malaysia. Syabas proton…. moga terus berjaya

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)