Syarikat pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menggesa pemilik kereta Inspira yang dikeluarkan antara September 2010 hingga Mei 2011 menghubungi pusat servisnya.
PROTON INSPIRA RECALL BY PROTON SERVICE – MASALAH DRIVE BELT PULLEY
Gesaan itu dibuat seiring dengan kempen pembaikan dan pemeriksaan percuma Mitsubishi Malaysia Motor yang melibatkan brek booster dan tali berjalur-V ke atas model-model tertentu Mitsubishi yang dipasang sepenuhnya (CBU).
Unit ‘Drive Belt Pulley’ dalam kereta Proton Inspira yang dikeluarkan dalam tempoh berkenaan dikatakan mungkin sudah haus selepas jarak perbatuan tertentu serta keadaan pemanduan.
Jom komen!