- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • AUDI TIOMAN GREEN – WARNA SEMPENA NAMA PULAU TIOMAN MALAYSIA
  • PROSES TUKAR HAK MILIK KERETA MULA MENGGUNAKAN SISTEM CAP JARI BIOMETRIK

    image

    Sistem baru JPJ ini dikatakan lebih mudah dan mengelakkan dari penipuan untuk proses tukar hak milik kenderaan bermotor. Ramai pengusaha penjual kereta second hand sudah mempunyai sistem baru JPJ ini dan ada antara mereka merungut dengan masalah kepada sistem baru yang diaplikasi.

    JPJ LAKSANAKAN SISTEM BIOMETRIK

    PROSES TUKAR HAK MILIK KERETA MULA MENGGUNAKAN SISTEM CAP JARI BIOMETRIK

    Bermula 1 April yang lalu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sistem biometrik bagi proses pertukaran hak milik kenderaan.

    Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, sistem tersebut yang merupakan produk terbaharu JPJ akan memastikan data dan transaksi proses pertukaran hak milik kenderaan berintegriti dan terjamin.

    Beliau berkata, kaedah sebelum ini yang hanya perlu mendapatkan akuan surat bersumpah menyebabkan berlakunya masalah integriti dan penipuan dalam pertukaran hak milik kenderaan.

    “Sistem ini telah dibuat secara projek rintis terlebih dahulu di beberapa pejabat JPJ di seluruh negara dan telah dilaksanakan secara sebenar supaya orang ramai dan pihak industri faham serta dapat dikoordinasi secara bersama.

    “Melalui sistem ini proses tersebut akan menjadi lebih mudah, selamat dan tiada lagi isu surat sumpah palsu berlaku,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

    Menurut Ismail, pihaknya telah berjumpa dengan semua pihak industri dan rata-ratanya bersetuju dengan sistem baharu itu.

    Mengulas lanjut, beliau berkata, hanya terdapat dua keadaan sahaja kaedah biometrik tidak digunakan iaitu sekiranya pemilik kenderaan meninggal dunia atau terdapat warga asing yang meninggalkan kenderaan mereka di negara ini selepas pulang ke negara asal.

    Please follow and like us:
    error

    info kereta Malaysia

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)