EST
You can buy accutane online here

KERETA.INFO majalah kereta online | Malaysia Car Information Center

PETROL RM300 PER LITRE?

By iz • Nov 9th, 2009 • Category: ! Automotive News & Topics

petrol-rm300

PETROL RM300 PER LITRE?

New contribution by Aiz.

Just now there are news in the Buletin Utama about the petrol price bought by somebody in the Penang SUK.Below are the details about that news that I got from Utusan.

By Arshad Khan from Utusan.

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Umum mengetahui harga minyak petrol pada kadar RM1.80 seliter di mana-mana jua tempat di negara ini. Namun, Jabatan Audit Negara menemui bukti pembelian minyak petrol sehingga RM300 seliter oleh pihak tertentu di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Pulau Pinang.

Hasil penemuan yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 mendapati berlaku pembelian minyak tersebut pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter.

Lebih pelik lagi, semakan audit terhadap Laporan Butiran Belian daripada pembekal kepada Pejabat SUK mendapati pembelian bahan api itu bagi tiga buah kenderaan berlaku pada jarak waktu yang amat singkat antara tiga hingga lapan minit pada tarikh yang sama.

‘‘Adalah didapati pembelian minyak petrol oleh pejabat SUK pada harga dan kuantiti yang meragukan iaitu antara RM100 hingga RM300 seliter,” kata laporan itu lagi.

Semakan audit terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar pula mendapati sebanyak 12 kes pembelian minyak Super ULG dari aspek kuantiti dan harga yang tidak munasabah pada tahun 2007 dan 2008.

‘‘Pembelian meragukan ini adalah di antara RM75 hingga RM80 seliter bagi bulan Februari, April, Mei, Ogos, September serta Disember 2007.

‘‘Sementara itu, bagi tahun 2008, pembelian yang meragukan adalah bulan Mac, April, Mei, Jun, Ogos dan Oktober iaitu pada harga di antara RM76 hingga RM125 seliter,” katanya.

Penilaian Jabatan Audit Negara mendapati ketiadaan kawalan terhadap penggunaan kad inden minyak mendedahkan kepada risiko pembelian minyak secara tidak sah.

Pihak berkenaan juga mencadangkan agar siasatan dilakukan terhadap kes pembelian minyak pada harga tidak munasabah itu.

  • Share/Bookmark

Related car facts

Tagged as: , , , , , , ,

| All posts by iz 432

Get Cool Car "INFO" @ Kereta.INFO everyday for FREE! Bookmark us & Visit KDI everyday! 

5 Responses to “PETROL RM300 PER LITRE?”

  1. Ajid says:

    kalau dah makan duit haram tu takkan kemane…kenerakalah jawabnye

  2. lineClear says:

    masa tu sape punye pemerintahan ye.. itu yg nampak yg tersembunyi???? Lum kt tmpt lain lg.. Habisss duit rakyat oooooooooooooo..

  3. Joko says:

    Belum pasti lagi, kengkadang depa silap baca dokumen, bayangkan lah kalau isi 50 liter sudah jadi RM15,000. mana ada kenderaan boleh isi minyak sampai Rm15,000, dan unit pembayaran pun akan senang2 dapat detect benda2 camni. jadi aku rasa mungkin bayaran sekali isi Rm300 agaknya.

  4. comment says:

    Entah2 claim tu main copy paste je tak member2 lain..
    Tersalah lak copy paste..
    Tapi siasat biarlah telus
    Jangan Bagai Melepas Batok Di Tangga

  5. diegienismo says:

    Now How? KDi, this issue more on politics…lets goes to others topics…

Add to Technorati Favorites  

Apa kata anda pula? Lets Talk about it more here

Nickname berbeza akan di delete. Pendapat anda sangatlah dialukan dan sila berforum dengan cara baik =)

Have any info & picture to share? Jom kongsi info dan gambar di KDI ! Click Here!