PERLU KAH MASUK AUTOSHOW BUKA FENDER DAN BUMPER?

image

Selamat pagi.. kita mulakan pagi isnin ini dengan soalan menguji minda lah konon.. haha.. Trend pelik terkini peserta autoshow membuka fender dan menjatuhkan bumper menjadi-jadi. Perlukah tindakan sebegini dilakukan?

Apa pun pandangan anda, bagi kdi, amatlah tidak perlu. Ini kerana tiada markah tambahan untuk membuka fender dan bumper sepanjang pengalaman kdi menjadi juri dan menyertai autoshow.

Malah tindakan ini menimbulkan lagi banyak kelemahan apabilah terlalu banyak bahagian dalaman yang tak perlu dilihat, ditonjolkan dan lebih malang apabila bahagian dalaman tersebut ada kekotoran dan kecacatan.

Lihat gambar di atas, walaupun body frame nya di cat dengan kemas, tetapi jelas kelihatan daun pisang atau splash shield yang koyak rabak kelihatan agak menjelikkan.

Kereta juga keseluruhannya nampak seperti cacat dan tak siap apabila semuanya dibuka. Trend sebegina tidak pernah dilakukan di mana-mana autoshow yang kdi pernah pergi di negara lain termasuk Jepun dan Korea.

Jadi, adalah lebih baik peserta autoshow memasang lengkap semua body part agar kelihatan kemas dan bersih kerana markah kekemasan dan kebersihan adalah tertinggi berbanding yang lain

PERLU KAH MASUK AUTOSHOW BUKA FENDER DAN BUMPER?

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

kdi

Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close