- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • BUYING A USED BMW 3 SERIES OR 5 SERIES – MAINTENANCE & COST OF OWNERSHIP
  • PENYELESAIAN MASALAH ENJIN PROTON CFE EXORA PREVE SUPRIMA TURBO – OCA OCH OIL COOLER HOSE BURST

    Masalah OCH Oil Cooler Hose pada enjin CFE Proton exora, Preve dan Suprima campro 1.6 CFE turbo menghantui para pemilik enjin turbo tersebut dan sehingga kini tiada penyelesaian kekal yang reliable datang dari pihak Proton.

    Kdi sudah lama mengikuti permasalahan ini di laman perbincangan mereka di FB dan kebanyakan pemilik kecewa dan takut jika OCH burst ketika di jalanraya. Ia seakan time bomb dan disebabkan isu ini sangat hangat, imej enjin Proton CFE tercalar teruk sehingga menyebabkan harga second hand value kereta Proton di used car merudum teruk. Market value Proton Preve, Exora dan Suprima jatuh lebih teruk dari yang dijangka dan dijual sangat murah kerana ramai yang takut dengan isu OCH ini pada enjin turbo Proton.

    Namun difahamkan kini Proton sedang mencuba prototaip OCH hose baru pada beberapa kereta bernadikan CFE itu untuk diuji ketahanannya. Setakat ini feedback yang diberi oleh tester adalah positif namun masih awal untuk mengatakan ianya berjaya kerana masih belum mencapai mileage yang begitu tinggi dalam ujian tersebut.

    Bagi kdi, ia bukan sahaja masalah OCH host tersebut. Ia juga adalah masalah rekaan keseluruhan OCA Oil cooler assembly yang menyekat aliran cecair yang masuk dan keluar menyebabkan sedikit enapan cecair yang terjadi di dalam OCA akan menyekat aliran dan seterusnya menyebabkan OCH hose burst dan bocor.

    Dalam keadaan hose yang bocor ini, pengguna dinasihatkan terus berhenti apabila terdapat sebarang tanda kebocoran untuk mengelakkan keadaan lebih buruk berlaku pada enjin anda.

    Ada yang mencadangkan agar menukar OCA oil cooler assembly Proton sedia ada kepada oil cooler assy dari kereta model BMW dari halfcut yang dipercayai lebih baik rekaannya dan tahan lebih lama.

    Ada juga yang mencadangkan untuk meletakkan clamp besi pada sepanjang oil cooler hose sedia ada untuk menambahkan keupayaan menahan tekanan hose tersebut. Ia juga adalah langkah yang bagus namun perlu diperbaiki lagi kerana clamp yang tajam akan memakan dinding luar hose tersebut. 

    Kdi cadangkan menggunakan plastic tie wrap pada sepanjang hose tersebut dengan rapat untuk mengukuhkan dinding luar hose tanpa merosakkan hose OCH tersebut. Ia seperti diy yang orang lakukan pada brake line untuk menggantikan steel braided hose. Paling kurang ini adalah ikhtiar terakhir dan ia pasti lebih selamat.

    Namun key paling penting di sini adalah langkah pencegahan (preventive maintenance) di mana minyak enjin perlu ditukar lebih awal dari mileage sepatutnya dan OCH perlu ditukar setiap 20000km seperti yang disarankan oleh salah sebuah bengkel specialist Proton CFE ini.

    “OIL cooler hose PROTON CFE ENGINE

    »Banyak kita dengar cerita masalah oil cooler hose kereta model cfe ini,tapi tak semua kereta yang kena.Masalah oil cooler hose pecah mungkin disebabkan laluan minyak sempit akibat tidak menjaga minyak engine ataupun vibration.

    »Pendapat kami kepada pemilik cfe untuk langkah berjaga jaga sila tukar oil cooler hose setiap 20000km atau setiap kali major service mungkin dapat hilangkan kerisauan anda.”

    Jadi, bagi kdi, pemilik CFE tidak perlu takut akan time bomb OCH ini kerana jika anda menjaga minyak enjin dan menukar OCH sebelum ia bocor lebih awal akan dapat menyelesaikan isu OCH burst buat masa ini.

    Perlu diingat bukan model Proton CFE sahaja mempunyai time bomb problem seperti ini, kereta buatan lain yang dikatakan lebih berkualiti juga mempunyai time bomb yang lebih bahaya dan mahal beribu ringgit seperti dq200 dsg gearbox pada VW, active steering pada BMW, ESL lock pada Merce, takata airbag pada Honda dan Pedal stuck pada Toyota.

    Jadi penyelesaian OCH hose ini lebih murah dan mudah untuk dilakukan. Namun diharap Proton dapat mereka semula OCH dan OCA yang lebih reliable pada masa akan datang.

    Jika ditanya pada kdi adakah kdi akan terus memakai Proton bernadikan CFE, jawapannya pasti ya kerana selagi anda menjaga enjin anda dengan baik, pasti ia akan sentiasa berada dalam keadaan baik dan lagipun Enjin CFE adalah enjin turbo paling murah dan mudah dijaga berbanding kereta turbo jenama lain yang memakan belanja ribuan ringgit jika terdapat sebarang masalah. 

    Walapun kdi tidak memakai Proton CFE, namun berdasarkan pengalaman memiliki kereta Chevy dan Audi turbocharged terkini, percayalah, memiliki Proton CFE bukan sesuatu yang perlu dikesalkan dan dikeluhkan. Ia adalah pembelian yang berbaloi.

    kdi

    Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

    7 Responses

    1. Che lah says:

      Exora saya 2016 13 k km…bunyi spt guli melantun dlm gear box sebelah kiri…bila tukar gear revers bunyi ziiiiip…power revers kurang…tekan minyak baru bergerak…berat…apa masalahnya…adakah gear cvt rosak…

    2. Shamsul says:

      Komen sikit ttg artikel…
      Kepada kereta dot info…
      Terimakasih kerana mengenengahkan masalah kami, dan artikel anda adalah artikel yang adil, bernas dan beretika. Terbukti anda bukannya wartawan ‘lacur’ seperti kebanyakan yg lain…
      Namun satu isu yg saya rasa amat penting utk pengguna. Seperti dlm artikel anda diakui ada juga kenderaan lain mengalami masalah kritikal. Akan tetapi, yg dikesali adalah cara Proton menangani masalah tersebut berbanding jenama lain. Ia menunjukkan seolah Proton, pengeluar yg tidak bertanggungjawab, memperlekehkan masalah pembeli dan tidak menghormati pembeli dgn hanya membisu terhadap kerisauan pembeli.
      Saya hormati pandangan anda terhadap enjin CFe, namun pandangan saya, walaubagaimana hebat pun jentera tersebut, jika pengeluar mempunyai sikap spt diatas, dinasihatkan elakkan lah…

    3. Nizan Hafiz says:

      Sy pengguna exora turbo 2015…mintk jasa baik no tel pomen admin yg bole modifield OCH tu…

    4. hakim says:

      ahh berbaloi ape..proton jual sampah
      aku tukar och ni dah masuk 8 kali lah.

    5. Firdaus says:

      Nizan Hafiz, call @ whatsapp nombor ni 0195640983 Din

    6. Firdaus says:

      Hakim pun blh cuba contact dia. Kawan saya tu…

    7. joy says:

      tak payah bli proton

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.