- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ENGINE RPM NAIK DAN GEARBOX BUNYI MERAUNG MASA TURUN BUKIT – NORMAL ATAU PROBLEM?
  • Peluang Perniagaan Dalam Bidang Automotif Malaysia Ditawarkan PUNB Untuk Usahawan Bumiputra – Good Business Opportunity

    usahawan bumiputra perniagaan automotif kereta malaysia

    Peluang Perniagaan Dalam Bidang Automotif Malaysia Ditawarkan PUNB Untuk Usahawan Bumiputra

    USAHAWAN Bumiputera yang terbabit dalam industri automotive berpeluang meningkatkan perniagaan mereka menerusi inisiatif dan pembiayaan yang ditawarkan dalam skim Projek Usahawan Bumiputera Dalam Bidang Peruncitan (Prosper) oleh Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB).

    PUNB juga mewujudkan Unit Projek Khas Automotif bagi membantu usahawan Bumiputera dalam bidang itu membabitkan diri dalam industri yang semakin berkembang.

    Pengerusinya, Tan Sri Mohd Abu Bakar Mohd Noor, berkata sehingga kini, pihaknya meluluskan 118 projek dalam bidang automotif membabitkan 302 usahawan Bumiputera dengan nilai projek RM17.9 juta.

    Menurutnya, daripada 117 projek itu, 81 peratus terdiri daripada bengkel baik pulih kereta, kedai eksesori dan alat ganti (10 peratus) serta kedai jual kereta (9 peratus) yang kebanyakannya beroperasi di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Kedah.

    What do they do to help Malaysian in Automotive business?

    “Kami juga mewujudkan satu Jawatankuasa Penasihat Automotif Prosper yang terdiri daripada beberapa pakar automotif dan usahawan berjaya dalam bidang ini bertujuan membantu usahawan mengenai selok-belok perniagaan automotif.
    “Malah, mereka juga akan membuat lawatan ke kedai dan pusat servis usahawan PUNB untuk memberi khidmat rundingan dan nasihat perniagaan,” katanya ketika ditemui di Auto Forum 2008 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Katanya, perkembangan industri automotif berikutan pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya dan tahun lalu saja, jualan kereta seluruh negara mencecah 487,176 iaitu peningkatan 12 peratus berbanding lima tahun lalu.

    Sempena Auto Forum 2008 itu, PUNB turut menerbitkan manual Panduan Konsep Perniagaan dan Pengurusan Operasi Pusat Servis Kenderaan bagi membantu usahawan meningkatkan produktiviti dan mengharungi cabaran perniagaan.

    Sumber Harian Metro

    Jadi, jangan lepaskan peluang yang ada jika anda berminat dalam bidang perniagaan kereta. Good Business opportunity

    Please follow and like us:

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    19 Responses

    1. mohd ayob bin mohd nor says:

      Aslkm..saya pernah untuk mencuba memohon pinjaman prosper pada penghujung tahun lepas untuk membiayai perniagaan bengkel kereta saya di johor.Pinjaman ini adalah di atas nama syarikat D ENAU AUTO ENTERPRISE berkongsi tetapi pendaftaran syarikat diatas nama sahabat saya. Setelah lama menunggu sehingga bulan april 2008, saya tidak dapat menampung lagi kos untuk modal pusingan setelah 4tahun saya mengunakan modal sendiri. Oleh yang demikian saya telah menutup perniagaan saya dan yang lebih malang ialah pegawai punb hadir setelah saya tidak berniaga lagi. Masalahnya sakarang adalah jika saya ingin memulakan samula perniagaan saya adakah pihak punb boleh membantu? Saya mengharap mendapat jawapan dan pertolongan dari pihak tuan.

    2. mohd ayob bin mohd nor says:

      Assalamualaikum.. Saya MOHD AYOB BIN MOHD NOR pernah memohon pinjaman prosper di atas nama HAMIDAH BINTI BACOK@ YUSUFdengan syarikat D ENAU AUTO ENTERPRISE. Syarikat ini adalah perkongsian antara saya dengan beliau kerana saya yang memodalkan. Oleh itu saya telah mengikuti taklimat di punb dan telah membuat bayaran untuk soal selidik pada bulan oktober 2007 kalau saya tidak silap. Tetapi malang bagi saya setelah 4 tahun menjalani perniagaan dengan modal sendiri, saya telah kehabisan duit untuk pusingan perniagaan. Saya telah menutup perniagaan pada bulan april 2008. Tapi malangnya prosper telah menghantar pegawai untuk datang ke perimis saya setelah saya menutup perniagaan. Soalannya adakah saya masih layak untuk memohon semula pinjaman ini dan bagaimana caranya? Diharap pihak tuan dapat membantu atau boleh hubungi saya di no. 0127783936.

    3. admin says:

      Wasalam,
      untuk syarat kelayakan, saudara boleh rujuk di http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_sme&pg=bm_sme_elig&ac=32

      Mungkin masih ada peluang untuk saudara membuka semula perniagaan tersebut dengan berbincang dengan wakil pihak punb dan meyakinkan mereka tentang pelan perniagaan saudara akan datang serta menyatakan alasan modal yang tidak mencukupi menyebabkan pihak saudara terpaksa menutup perniagaan. Saya yakin mereka memahami masalah saudara dan dapat membantu.

      Yang penting teruskan usaha saudara walaupun apa sahaja masalah yang datang. =)

      Semoga berjaya.

    4. MOHD ASHRAF BIN SALLEH says:

      ASSALAMMUAILAIKUM,saya baru saje menjalankan perniagaan pada jun 2008,nama syarikat saya NATURAL CNG SERVICES ENTERPRISE,syarikat ini membuat pemasangan gas kenderaan(NGV), menganti alat2 kereta,dan servis kenderaan.ape yang ingin saya tahu apakah kelayakan yang perlu saya kemukakan untuk mendapat pinjaman prosper

    5. mohd salleh says:

      Assalamualaikum.. saya bercadang ingin membuka sebuah kedai alat ganti kereta dengan perkongsian seorang kawan… modal tunai yang ada ditangan adalah sebanyak rm50,000.. adakah kami layak untuk memohon pinjaman dari PUNB untuk memulakan perniagaan yang telah dinyatakan yang mana kami masih belum memulakan perniagaan tersebut.. berapakah modal yang diperlukan untuk membuka perniagaan ini? diharap pihak tuan dapat membantu..

    6. kdi says:

      Boleh rujuk info di bawah ni.

      Syarat Kelayakan

      Individu Bumiputera yang berhasrat untuk memiliki dan menjalankan perniagaan. Mereka mesti mempunyai ciri-ciri keusahawanan unggul seperti jujur, keyakinan, berdaya tahan, berfikiran positif, kreatif dan berdisplin selain mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan.

      Jumlah keperluan awal yang diperlukan untuk membangun perniagaan mestilah tidak kurang dari RM500,000.
      Usahawan/ kumpulan pengurusan mesti menyediakan sekurang-kurangnya 20% dari jumlah pembiayaan dari sumber mereka sendiri sekiranya PUNB adalah pembiaya tunggal dalam perniagaan tersebut.
      Produk ataupun perkhidmatan mestilah sedia untuk dipasarkan dan usahawan mesti
      mempunyai hak pemilikan terhadap pembuatan barangan ataupun perkhidmatan tersebut.
      Perniagaan mestilah mempunyai model perniagaan dan strategi pelaksanaan yang baik.
      Perniagaan mesti berupaya menghasilkan kadar pulangan sekurang-kurangnya setanding dengan prestasi industri yang diceburi.
      Rancangan perniagaan perlu menyediakan strategi keluar yang mantap seperti tebus balik pinjaman, belian balik ekuiti, penggabungan dan pengambil-alihan, penyenaraian awam dan lain-lain.

    7. Puan suezana says:

      Assalamualaikum…saya Puan suezana dari miri sarawak,saya adalah seorang pengurus restoran makanan islam sekaligus membuat catering makanan.saya hendak memperluaskan perniagaan saya,adakah saya layak untuk memohon pinjaman PUNB ini? Buat masa sekarang saya belum pernah memohon apa2 pinjaman.untuk pengetahuan tuan saya telah berniaga selama 3tahun.Apa yang perlu saya lakukan sekiranya pihak tuan dapat memberi peluang kepada saya pinjaman ini,tolong saya..

    8. kdi says:

      Boleh rujuk web yang disebutkan oleh admin di atas. Pihak kdi tidak mewakili badan penyedia pinjaman tersebut. harap maklum kepada semua yang ingin bertanya selepas ini.

    9. Abdul Rahim says:

      assalamualaikum,saya ialah salah seorang peniaga yang menguruskan bengkel kereta..sya juga merupakan salah seorang ahli PUNB..masalahnya sekarang,macam mana saya hendak menyediakan kertas kerja rancangan perniagaan..? dan di mana saya perlu menghantar kertas kerja tersebut.. Terima Kasih…

    10. Niemans says:

      Untuk mencerahkan peluang para perniaga yang ingin mendapatkan funding daripada PUNB dalam skop perniagaan automotif; saya mencadangkan supaya para peniaga harus tahu arus tujuan dan ke mana polisi automotive negara nak pergi. Informasi boleh dapati dengan melayari laman web di bawah mengenai Dasar Automotif National (NAP):

      http://maa.org.my/pdf/National%20Automotive%20Policy%20Framework.pdf
      atau
      http://miti.gov.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_72c071e3-c0a81573-66466646-ffe09d67

      Pendek kata,, kerajaan hendak memantapkan lagi sektor automotive negara dengan teras dasar berikut:
      1. Pemberian sokongan dan insentif Kerajaan berasaskan sumbangan ekonomi yang mapan
      2. Menambah skala melalui rasionalisasi untuk meningkatkan daya saing
      3. Menggalakkan usahasama strategik dengan rakan kongsi antarabangsa
      4. Menjadi hab serantau dengan menumpu kepada aktiviti niche dan pelengkap

      Harap moga2 tuan2 akan mendapat kejayaan. Assalamualaikum.

    11. wanramli says:

      ASSALAMMUAILAIKUM,saya baru saje menjalankan perniagaan pada jmac 2008,nama syarikat saya WAN AUTO SERVICES CENTRE,syarikat ini menyediakan perkhidmatan menganti alat2 kereta,dan servis kenderaan.ape yang ingin saya tahu apakah kelayakan yang perlu saya kemukakan untuk mendapat pinjaman prosper

    12. abusufian says:

      salam, saya amat berminat untuk membuka sebuah kedai tayar kereta.saya ingin tahu adakah terdapat program fracais untuk perniagaan ini atau bantuan dari segi modal,kursus atau sistem yg boleh menolong saya.tq..

    13. anuar rahim says:

      salam….sya ingin mmbuka kdai tayar kereta…tapak dah ada…cuma modal dan barang2 je xda..
      saya ada pengalman ckit…bpak mntua saya buka kdai tayar kereta…dia pon nak buka tp x da modai…so dsni boleh ka dpt bntuan ka..pnjaman ka….serius ingin mmbuka kedai tayar…….area penang..01126518704

    14. nik nurul aliza ramli says:

      Assalamualaikum… Sy lepasan ijazah yg kini belum mendapat pekerjaan… Bapa sy ada membuka kedai tayar tetapi prestasi kedai kami semakin menurun disebabkan kegagalan kami menambah stok tayar dlm kedai… Saya bercadang ingin mngambil alih kedai tersebut dan ingin bertanya berkenaan kelayakan untk mndapatkan pinjaman sekiranya nama kedai ini bukan menggunakan nama saya…kedai ini sudah beroperasi selama lebih 10 ttahun,,,disebabkan msalah dalaman,, ia pernah jatuh tp kami cuba selamatkn dan 5 thun lpas tu,,berikutan sebab yg sama,, kami tidak mempunyai cara laen selain menutup kdai tersebut.. Just in case ada cadangan uuntuk kami menyelamatkan lg perniagaan ini…bantuan amat diharapkan…terima kasih

    15. assalamualaikum admin…sy pengusaha bengkel baikpulih kereta,mengecat dan mengetuk.Syarikat saya didaftarkan diatas nama casperacing motorsports sdn bhd yg beroperasi di alamat No9 Jalan P/16,Taman Perindustrian Selaman Seksyen 10,43650 Bandar Baru Bangi selangor Darul Ehsan FB : casperacing motorsports.Mohon bertanya bagaimana sy ingin memohon sebarangan pembiayaan pinjaman bagi menaiktaraf perniagaan sy kearah yang lebih cemerlang dengan bimbingan dan pembiayaan PUNB ini.sekian terima kasih.

    16. rasman bin salleh says:

      saya nak buka kedai jual spear[art kereta bagaimana ke saya nak mulakan

    17. rasman bin salleh says:

      saya nak mulakan perniagaan jual alat ganti kereta …bagaimana ke…saya nak mulakan

    18. Roslan bin Yusof says:

      assalamualaikum admin,
      Saya berminat untuk membuka pusat service kereta. Apakah syarat-syarat kelayakanya?

      Terima kasih

    19. jahirah jasbir binti jawala abdullah says:

      Saya berminat menbuka pusat service kereta and tyre

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)