- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • ONLY IN MALAYSIA WE CAN SEE THIS VIEW – SHOWS THE INTELLIGENCE OF MALAYSIAN POLICE
  • MASALAH SUHU / TEMPERATURE ENJIN KERETA NAIK PANAS

    qayyum wrote: salam,sy nk tanya.sy guna kereta nissan grand livina 1.8. masalah sy,temperature selalu panas kalau bawa laju atau naik bukit. bila saya check,air radiator ada dan tak kurang. cuma air spare jadi penuh

    KDI : banyak punca suhu enjin boleh naik dan menjadi lebih panas dari biasa. Antaranya :

    image

    1. Radiator tersumbat..
    2. Kurang air
    3. Sensor Temperature rosak
    4. Water Pump Rosak
    5. Kipas radiator rosak.

    Dalam kes saudara qayyum, air tidak kurang, mungkin ada masalah tersumbat yang mana flow air untuk menyejukkan enjin jadi kurang.

    Apabila enjin bekerja lebih, sistem penyejukan tidak berada pada tahap optimum yg menyebabkan panas berlebihan. Ini mungkin melibatkan water pump yang tak pernah ditukar atau radiator tersumbat.

    Apapun, cek dahulu sama ada kipas radiator berfungsi atau tidak.

    kdi

    Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

    48 Responses

    1. usin says:

      assalam admin dan mr qayyum. saya nak kongsi pencerahan masalah yg mr qayyum alami. (mungkin masa ni problem mr dah selesai kot, tapi mungkin berguna kpd orang lain). masalah temperature keta naik mendadak kereta saya sudah berlaku sejak pertengahan tahun 2013 lagi. tapi saya dok layan berenti bila panas, isi air pada tangki simpanan dan bila sejuk semula baru jalan. masalahnya sama. suhu tinggi sampai mencecah lebih 100 darjah celsius. bila buka boot keta, air tak kurang malah dalam botol simpanan jadi penuh seterusnya melimpah keluar melalui tiub overflow. (bila injin dah sejuk, air jadi sangat kurang pulak!!) saya cuba macam2 dan dengar nasihat kawan2, tapi problem still tak selesai. mula tu saya tukar termostat. macam tu jugak. tukar switch yg lekat pada body termostat, suhu naik jugak. tukar tudung radiator, ewahh…suhu still tinggi jugak. akhirnya saya mintak tolong tengok water pump. ya ampun, bilah kipas pada water pump dah tanggal sekeping-sekeping. rupanya walaupun kipas tu masih boleh berpusing tetapi sebab bilahnya dah tanggal, rotation air menjadi sangat tidak lancar. nasib baik air masih boleh rotate, kalau tidak…tak taulah. so, punca suhu naik tinggi dan air melimpah disebabkan oleh water pump yang kurang berfungsi dengan baik. air tertendang semula ke tangki simpanan kerana water pump tak mampu nak rotate air seperti sepatutnya. harap ia dapat membantu rakan2 yang ada masalah yg sama.

    2. khasiff says:

      Salam…saya juga ada masalah yang sama, temperature kereta saya naik, tapi kekadang saja, selalunya ketika saya buka aircon, tapi bila saya off aircon,suhunya akan kembali normal, maksud saya masalah temperature meter saya naik dan turun, bila saya buat begitu, dan kekerapan berlaku kekadang saja…apa masalahnya ye….?

    3. hilmi says:

      tuan,

      sya nak tanya enjin kereta saya apabila buka aircond,temperature akan naik,air bergelegak,sekarang enjin seperti meletop bunyi pop dan berasap,aoakah ppuncanya dan berapa anggaran kos bagi penyelenggaraan tersebut ye
      tqvm

    4. kamaruddin says:

      saya mengalami masalah yg sama..bila on jew aircond temperature trus naik..slalu jadi bila jalan terlalau jauh..sy dh tukar temperature swith,water pump,top overhaul,dan yg paling latest tangki air pon baru..setiap kali buka aircond enjin akan jadi terlalu berat dan menyebabkan temperature terlalu panas.

    5. natasha says:

      salam…sy tasha…sy mngunakan kereta pesona sudah hampir 9thn…sy mngalami msalah high temreture yg sgt kerap….pertama kali sy ganti sbb radiator bocor….tp slepas ganti xsmpi 1thn…still high tempreture lg….masalah tmpreture sy naik ni…bile kerete bergerak dlm 10km, die naik mndadak…dan sy berhentikan kenderaan tak sampai 5minit tempreture turun habis…dan begerak semula lbih kurang 5-10km naik smula…. dn sy terbaru sy je bengkel utk check dan betulkan ape yg rosak…tp, xd yg rosak…sy cuba pasang kipas double layer…gosok blok…ganti coolen…yg pasti meter sy pn dh d check…xdsbarang kerosakn pd meter…tp,dlm masa xsampi 5bln, blaku lg keadaan yg sama….tempreture naik mendadak….dn sy berhentikan kereta suhu turun mendadak habis….jalan lg tak sampi 1jam naik mendadak lagi….sy mohon pencerahan untuk masalahh tempreture sy….klu nk kta bocor/kurang air…sy buka n tengok air tak kurang pun….

    6. kdi says:

      kamarudin, dah tukar fan? atau mungkin ada leak.

      natasha, pergi bengkel biasa atau proton? dinasihat pergi ke proton untk tahu masalah sbenar sbab bengkel biasa tak tahu apa barang yg proton selalu tukar jika ada common defect. kalau xde leak mungkin water pump rosak atau ada yg tersumbat.

    7. sallihin hj mohamad says:

      saya mengalami masalah yg sama pada myvi saya..bila on jew aircond temperature trus naik..slalu jadi bila sangkut kat jammed..bila saya off aircond temperature saya kembali normal…dah servis radiator,tukar motor kipas..dah bawak jumpa doctor pun kata xde masalah thermostat or waterpump..

    8. isa says:

      salam, saya ni just na kongsi criter.. pengalaman dari proton pesona yg telah sya jumper prob yg sama.. cu7stomer datag stowi mcm2 da tukar tetap panas.. so sya cadang top overhaul.. memang nampak sume baru time buka.. tetapi dalam dlok , antara head ngan blok gasket da sumbat.. bile tanya isi air ape pda mula2 kene? air paip.. terjadi lah karat x terduga mungkin terjadi pada kereta anda,… setelah di cuci dan siap kerja2 top.. keaadaan kembali 75cc.. syukur..

    9. Said says:

      Kereta saya ada 3 kipas, 1 kipas enjin(antara enjin dan radiator) 2 lagi di bahagian depan.Masaalah saya ialah bila jalan jem, suhu akan naik sampai 100c tetapi kipas depan tak berpusing, saya dah tukar sensor , pun tak berpusing juga, bila apply direct current ia berpusing , maknanya kipas tak rosak, nak tanya suhu berapa sepatutnya kipas berpusing

      T. kasih

    10. Said says:

      Kereta saya ada 3 kipas, 1 kipas enjin(antara enjin dan radiator) 2 lagi di bahagian depan.Masaalah saya ialah bila jalan jem, suhu akan naik sampai 100c tetapi kipas depan tak berpusing, saya dah tukar sensor , pun tak berpusing juga, bila apply direct current ia berpusing , maknanya kipas tak rosak, nak tanya suhu berapa sepatutnya kipas berpusing.

      T. kasih

    11. kdi says:

      Said, Kipas patut pusing pada suhu normal. Kalau dah sampai 100 tak pusing gak mmg problem. Cuba hantar check wiring kipas

    12. mohd says:

      masalah kereta saya exora cps temp naik pada perjalanan jauh minimun 70 km..masadlm perjalanan ok tetapi bila behenti temp akan naik dan bila chek air dalam tangkin kurang..semua saya dah tukar termostak , dah service tangki air dan water pum..harap ada komment2 y dpt membantu..

    13. Rezz says:

      Tn kdi tumpang tanya
      ni rentetan masalah temp.naik. kereta saya mula kn temp naik ni pada tahun ni. Bila buka bonet hose pump paip bocor dan telah dibaiki beserta tukar hose getah semua sekali. Dan baru2 ini kena lagi temp. naik ni berpunca dari kipas radiator tidak berpusing.. dan saya telah tukar motor kipas radiator …. ms tu sy sangka ingat mmg motor kipas masalah rupanye tidak.. dapat detect masalah pada relay…. tukar relay ok kejap pas tu ni kena lagi kipas tidak berpusing…yang memuncakan kipas tidak pusing… apekah sebabnye tuan… mohon sangat yang pakar dapat beri bantuan… kereta saya sudah 9 tahun. Proton gen2 1.6 manual.

    14. ain says:

      Salam, tumpang tanya..saya pakai preve baru 2tahun..and baru 3minggu lepas service.lepas tu tiba2 temp kereta naik mendadak ke H smpai berbunyi.. dalam 2hari bwk dua2 hari temp naik dan saya dah stop engine dan biar dia cool down.n then bwk ke proton service centre.mula2 dia kata sbb hos,so saya tinggalkan disana.dalam 2hari dia call bgtau kipas motor rosak, mslhnya sparepart xde,katanya satu mlysia xde stok.kene tunggu beberapa bulan utk sparepart tu.so sy bwk kete balik sbb tpksa guna n service person tu kata kne ketuk sikit kipas klau nk bg jln.tp so far mmg bila start engine n psg aircond kipas ok je.temp tak naik dah.ada dlm sminggu dua mcmtu.tiba2 semalam sy bwk jauh sikit. temp naik lg tp xsmpai H..berenti tepi check.temp turun balik n kipas gerak.pelik sgt.adakah normal kipas rosak tp masih boleh befungsi dgn tiba2? Mohon pencerahan. Terima kasih

    15. aidi says:

      salam..saya mohon bantuan yang pakar..saya baru tukar enjin 2jzgte.Saya tidak dapat pakai water temp meter yang ada pada dashboard kerana input/output wayar dashboard tidak ngam dengan enjin. jadi saya memakai water temp gauge. masalahnya ialah water temp saya naik sedangkan setelah dicheck, air tidak tendang, head ok, radiator pn baru tukar aluminium. thermostart pulak sy bukak pakai direct. water pump dan kipas pn baru. water temp saya dalam keadaan warning dan apabila saya berhenti saya dapati air tidak tendang ke spare tank dan tidak kurang. dua jenis brand meter saya telah gunakan iaitu defi dan m7, namun sama juga hasilnya…mohon bantuan

    16. peja says:

      Salam tn kdai…tmpg tanya,masalah sya sama dengan masalah Rezz cuma sya pakai myvi 1.3…dah tukar radiator baru,kipas cnfrm ok..detect relay prblm,lps tukar ok kjp..tp lps 2,3 hari jd blk…temp naik bila berhenti…mohon pencerahan…

    17. Ahmad says:

      saya pernah mengalami pengalaman yang sama….time on aircond suhu naik lebih separuh….cek kipas semua ok ..hantar pomen tukar thermostat, sius temp, motor kipas dan waterpump….bila bawak balik dr bengkel benda sama jadi…tak tahu camner nak buat lagi..satu hari saya terdengar bunyi bising pada belting….trs hantar ke bengkelpomen cceck ketiga belt tu semua hampir putus dan di crank dan campully dah tingaal 2 urat dr jalur belt yg mengerakkan waterpupmp dimana dia gelong macam nak tercabut pully….trs tukar…trs hilang masalah aircond bertambah sejuk…jadi belting jgn lupa cek dan tukar

    18. andy says:

      saya ada masalah tmpcr naik..semua saya da ganti wterpam redator..suis termpcer fan moto baru semua skarang paki kipas 3 da 2kat redetor dpn blakang..baru2 ni sya top .tgo ada bgkok ka had dan gasket peca x ada juga..skit da kpala..kos da 1ribu da buang..masih juga apa msalah kta ni..tolong dulu bgi pndapat..mana tahu otai2 dpat membantu..

    19. samadina says:

      tupang tanya sahabat smua.exora 1.6 auto first model.hosebesar bawah antara enjin dan radiator tercabut masa driving.overheat ler.dua minggu kemudian kene lagi problae sama.pomen pening.apa kah yg patut sy buat skarang kerana takut bende same akan berlaku lagi.
      makasehh.

    20. ivan andress says:

      Kenapa kereta saya bila panas enjin mula semput semput apa kah punca nya rasa enjin mau mati,,,,bila jalan terlalu jauh……proton saga lama

    21. Izam says:

      Sy nk tanya,sy guna kereta perdana v6.bila bwk laju di highway lebih 140km sejam suhu naik kalo bwk 120km sejam suhu ok…bila naik bukit suhu naik..nape??3bulan lepas sy sudah tukar tsngki air…

    22. zaf says:

      salam..saya nak tanya??baru2 nie saya convert enjin kancil 660 kepada enjin kelisa..masalahnyer adalah bila saya berhentikan kereta semasa perjalanan,jarum suhu berada di tengah..bila saya memecut pula jarum suhu turun mendadak…apa punca masalah kereta saya??dan saya tengok air radiator saya berkarat..adakah ini penyebabnyar?

    23. abgmelodygjon says:

      Salam
      Kereta preve sy sejak 3-4hari Ni temperature naik smpai tahap tinggi(berbunyi)
      Air colen OK jer.pelik jgk.kereta plat baru lgi.(WA #### F).
      Harap dpt Bantu sy.
      Tkaseh.

    24. kdi says:

      Abgmelodygjon, cuba check kipas radiator jalan tak

    25. Azman says:

      Preve saya pun macam tu. Semlm temp high sampai keluar alarm. Baru 2 hari selepas service 70k km. Kipas pusing dan air coolant penuh. Aircond pun tiba tiba tak sejuk. Masa service tu saya tukar head gasket. Skrg svc ctr proton masih chk. Masa service saya pun ada komplen bunyi “tek tek tek” dari engine bay. Foreman kata alternator nak rosak …

      Dari pembacaan di atas mungkin block sumbat atau bilah water pump tanggal

    26. Pit says:

      Salam. . Kipas pusing . . Air tak kurang. . Bila stay pandai naik tempature. .

    27. yuzri says:

      radiator prnh service x?cap radiator dgn termostat ok x?

    28. Azman says:

      Dah chk kat proton. Confirm kipas radiator tidak beroperasi secara normal jadi penyahan haba kurang efektif. Tukar kipas baru dan setakat nie tak de prob.

    29. shaufie says:

      As salam tuan tanah
      sy ada problem tentang temp naik kalau behnti temp naik, kipas on time jarum temp lebih dari paras biasa dan air kat spare tank jadi penuh bila temp naik?apa masalah ya? Apa yg patut sy tukar?

    30. shaufie says:

      Sy guna enjin 1.3 myvi

    31. Azman says:

      Can be anything but in my case radiator fan tak berfungsi secara optima aka putaran kipas tak kuat jadi haba dari enjin tak di nyahkan secara efektif dan berlakulah kenaikan suhu enjin. Hope this helps

    32. shaufie says:

      Azman-fan pusing kuat cuma fan lambat on?

    33. Azman says:

      Shaufie – pusing tak kuat sebab bunyi bila kipas berpusing pun tak kuat.

    34. Azman says:

      Shaufie – kalau fan lambat kick in to saya tak tahu sebabnya. Sensor suhu atauTermostat rosak kot ??

    35. Fyzah says:

      Slm…
      Sya guna persona,dlm sbulan ni sya heran knpa aircond tiba2 pndai pnas dn dlm brapa minit pndai sjuk smula,sllu jadi mcmtu…skarng pla temperature naik dn bila offkn enjin kipas msih lg on…tidak dpt jln jauh,stiap kli jaln jauh msti bhnti2 utk sejukkan enjin..
      Mohon pencerahan kpd sesiapa yg thu mslah ini…tqvm

    36. Azman says:

      Sama macam masalah kereta saya dulu. Cuba konfirmkan dgn mekanik samada kipas kereta anda berpusing secara optima atau tidak. Ada kemungkinan kipas motor dah tak bagus jadi pisingan kipas tak cukup kuat utk menyejukkan enjin.

    37. Edmund says:

      Kereta says proton exora…suhu cepat panas…cek semua air ok kipas OK…cm water pump takda main…mungkin termo kah????

    38. Sehazerra says:

      Assaalam.. sye bru pakai kete perdana v6.. jalan dlm 20 minit enjin kete panas bagaikan jalan selama 2 jam panasnye..padahal jalan 20mnt je..tempeture elok n dh g kdi bengkel org tu ckap tak apa.. sye risau jgak..boleh bg perkongsian?

    39. Rizal says:

      Assalamualaikum, kereta proton wira 1.3 (Tahun 1999) saya baru bermasalah dengan temperature ini. Kereta bergerak ok tapi bila dalam keadaan idle dalam jammed atau kereta berhenti temperatute akan naik. Radiator bocor dah tukar, tukar motor kipas tapi tak ok jugak. Formen tukar motor kipas baru, test temp masih tinggi. Relay masih ok. Kemudian formen tukar soket/fius motor kipas buat wiring balik. Setakat ni ok, harap2 dpt bertahan

    40. lyana says:

      Saya baru beli nissan sentra 1.6manual tahun 2008. Temperature naik lepas tukar motor kipas yang x pusing. Cover radiator pun tukar sebab tengok dah karat. Masa test kat bengkel..OK. Saya balik lepas tu yang perjalanan x sampai 300meter. Sampai depan rumah, temperature naik setengah. Kemudian turun sikit Dan naik semula lebih sedikit Dari setengah. Saya matikan enjin. Check..x ada air tumpah atas jalan. Masalahnya, air radiator kurang DSLAM 1.5L, saya isi botol besar. Air back up radiator hampir kosong. APA masalahnya?

    41. Azwan says:

      Saya pun ada masalah suhu naik..semasa memandu kereta. suhu normal..berhenti kejap dlm 15-20 minit. semasa Enjin still on..tetiba suhu naik..jalan kereta lagi..suhu kembali normal..mohon pencerahan..tq

    42. rony says:

      Assalamualaikumm..
      Sy jga ada masalah seperti di atas.. Sy mempunyai kereta proton saga BLM fest model.. Kenderaan sy nie sdh hampir 9 tahun penggunaanya.. Dan timbul masalah suhu naik mendadak.. Radiator belum perna servis.. Cuma air radiator sja sy selalu tambah klu kurang..

    43. rony says:

      Assalamualaikumm..
      Sy jga ada masalah seperti di atas.. Sy mempunyai kereta proton saga BLM fest model.. Kenderaan sy nie sdh hampir 9 tahun penggunaanya.. Dan timbul masalah suhu naik mendadak.. Radiator belum perna servis.. Cuma air radiator sja sy selalu tambah klu kurang.. Selain dri pada water pump x berfung dgn baik,apa lgi faktor2 lain menyebabkan keadaan ini berlaku.. Mohon pencerahan tua.

    44. hafizul says:

      kalau kipas x pusing , tukar motor kipas atau sekali dengan kipas….mohon tunjuk ajar tuan

    45. man leme says:

      assalam.. kete saya waja 1.6 manual.bila start enjin dlm setengah jam kipas tak pusing2. bila on aircond kipas pusing normal.bila off aircond temperature naik sampai 110 baru kipas pusing. thermostat dah tukar baru tapi masalah masih sama.mintak pencerahan otai2 semua.terima kasih

    46. naim says:

      salam..sy ada masalah yg sama mcm kekawan…sy pakai honda es 1.7…temp sy naik bila keta bawak lebih dr 100km/s..automatik temp akan naik sama…kalo bawa 100km/s ke bawah keta xde masalah…kipas,penutup radiator,radiator sumaa dah tukar,tp still naik…kalo sy lepas pedal minyak meter temp pon ikot turun….so sy harap kawan2 dpt bantu sy dlm masalah ni…

    47. Tengku M says:

      Assalam…. sya guna keta saga blm 1.3 Manual first model… sya bru tkar manifold disbbkn bunyi yg mmbingitkn telinga… Stlah tukar bnda trsebut dan slesai bab bunyi tu…timbul plk mslh lain iaitu temperature naik full bar smasa hndak hdupkn enjin & apabila enjin dihidupkn kipas radiator ditect brpusing shgga enjin dimatikn pon msih lg brpusing… Last skali jmpa dktor ccuk kmputer & kena tkar sensor temperature, relay fan, srvis throttle body, tuning apa bgai slesai la mslh trsebut…. Dihrap dpt mmbntu rkan2 yg lain…

    48. Ain says:

      Salam..sya nak tanya..adik sya pakai persona campro..baru2 ni temp dia naik mendadak..bila tambah air dlm tangki simpanan,then start x berape nk lama air jdi kering…kreta pun jdi susah nk start..ape masalahnya ya..brape agak2 kos utk baiki..

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *