- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • HONDA JAZZ MUGEN BODYKIT & 0-100 KMH SPRINT TEST VIDEO
  • MASALAH POWER WINDOW ROSAK

    image

    AFIQ wrote: window problem.tingkap pintu belakang proton wira tak boleh turun naik. tekan turun tak ade bunyi apa apa.satu lagi tingkap belah depan penumpang kiri naik turun boleh kadang kadang berbunyi kadang kadang susah nak naik. siapa siapa boleh bg tahu apa masalah semua tingkap tersebut dan cara utkmembaikinya sendiri. kalau sparepart barang tingkap sprti motor berapa harganyaye?.

    KDI :
    Masalah tingkap power window sering berlaku pada model lama dan model kereta yang sudah lama dipakai. Yang sering bermasalah adalah suis, motor dan mekanisme tingkap itu sendiri.

    Jika masalah tingkap power window tidak boleh bergerak, boleh mulakan troubleshoot dari suis, motor dan mekanisme tingkap. Boleh cuba buat connection direct dari power motor ke power source tanpa melalui suis. Jika motor bergerak maka suis yang rosak. Jika tak pasti motor yang rosak.

    Harga power window motor bergantung kepada jenis kereta. Dalam lingkungan RM100. Begitu juga dengan harga power window switch.

    Jika power window bergerak tetapi tersangkut dan susah, boleh gunakan pelincir getah tingkap untuk lembutkan getah yang dah keras. Jika masih tersangkut, pasti ada mekanisma power window di dalam pintu yang tersangkut. Buka panel pintu dan cuba lihat di mana ia tersangkut.

    Please follow and like us:

    info kereta Malaysia

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    7 Responses

    1. kenari val says:

      saya ada maslah dengan p,windows sebelh kanan,,mula2 cina kata rosk suis’beli satu tapi tara mau pula,lepas tu cek punca kuasa bahagian suis ok,cek punca kuasa moto ok,direct ko moto ok,bila sambung suis asal tak ok,ada cara lain tak

    2. ejam says:

      proton saga blm sye window x blh naik lgi..ape punca kerosakan nya?

    3. noor azizan says:

      Harga power window ford ranger belakang brapa ratus…..

    4. noor azizan says:

      Bolih ke diperbaiki?

    5. Amirul says:

      Slm iswara sy power window blah knan driver xblh trun yg lain oky tp kne ea

    6. Power window proton dan perodua sangat mudah rosak. Adakah design nya tak tahan lasak?

    7. kdi says:

      Mungkin vendor kilang yang sama buat alatan tersebut. Namun Proton beri lifetime warranty untuk power window kereta baru Proton

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    Please spread & share :)