- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • PROTON IRIZ DAN SUPRIMA S UCAP TAHNIAH ATAS KELAHIRAN ADIK PERODUA MYVI BARU D20N 3rd Gen 2018
  • HEAD LAMP & TAIL LAMP BULB

    Berapa ramai antara kita yang menyimpan bulb spare di dalam kereta? Bulb head lamp dan tail lamp kereta tidaklah mahal namun ia sangat penting untuk disimpan di dalam kereta terutama ketika kecemasan di mana kita perlu memandu di dalam gelap dan tiba-tiba lampu terbakar.

    Harga bagi sepasang bulb headlamp tidak lebih rm50 manakala bulb tail lamp kurang dari rm30 sepasang. Bulb signal juga lebih kurang harganya. 3 jenis bulb ini perlu disimpan di dalam bonet kereta untuk digunakan bila perlu.

    Adalah sangat bahaya jika kita memandu dengan 1 bulb terbakar kerana kita akan mengelirukan pemandu bertentangan yang manganggap kereta kita adalah motor. Selain itu, risiko kemalangan berjalan dalam keadaan gelap sangat tinggi.

    Risiko untuk disaman dengan pihak polis atau JPJ juga sudah tentu jika terdapat sebarang road block pada tempat yang anda lalui. Jika anda mempunyai bulb spare, anda boleh memasangnya di situ juga apabila ditahan polis kerana lampu belakang tidak menyala.

    Sebelum membeli bulb lampu, pastikan jenisnya dahulu dengan melihat buku manual kereta, mengambil gambar sample bulb ataupun search “bulb headlamp car model x” di google atau ebay. Untuk model kereta tempatan seperti Proton dan Perodua, selalunya menggunakan bulb headlight ber kod H4 manakala untuk spotlight bulb code H3.

    kdi

    Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

    1 Response

    1. Augustine says:

      saya nak tanya dimana saya boleh membeli lampu belakang kereta Toyota corolla E90 dan berapakah harga nya.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *