- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • AUDI TIOMAN GREEN – WARNA SEMPENA NAMA PULAU TIOMAN MALAYSIA
  • HARGA PETROL DIJANGKA TURUN 15 SEN AKHIR BULAN NOVEMBER

    PUTRAJAYA: Kerajaan dijangka menurunkan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 15 sen lagi akhir bulan ini, masing-masing kepada RM1.85 sen seliter dan RM1.75 seliter.

    Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, berkata penurunan berkenaan membolehkan rakyat menikmati harga runcit petrol dan diesel terendah selepas kerajaan mengumumkan petrol dijual dengan kadar RM1.92 seliter, mulai 1 Mac 2006 sebelum dinaikkan pada Jun lalu.

    “Saya jangka kerajaan bakal mengumumkan satu lagi penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen lagi, akhir bulan berikutan aliran harga minyak mentah dunia terus menjunam ketika ini.

    “Bagaimanapun, kerajaan tidak boleh menurunkan harga petrol dan diesel melebihi 15 sen seliter kerana kita perlu mengambil kira pelbagai aspek termasuk pemberian subsidi dan bayaran rebat kepada pemilik kenderaan yang kini mencecah hampir RM18 bilion,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Hari Keluarga Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Taman Botani Putrajaya, di sini, semalam.
    Harga petrol dijangka turun 15 sen lagi

    Harga Petrol

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kerajaan menurunkan harga petrol di bawah RM1.92 sen berikutan harga minyak mentah di pasaran dunia kini menjunam kepada AS50 setong, sejak kelmarin.

    turun 15sen

    Shahrir berkata, kerajaan mungkin memperkenalkan harga lantai bagi petrol dan diesel, iaitu penetapan had minimum harga boleh diturunkan dengan kadar dijangka pada paras harga sebelum penstrukturan semula bahan Jun lalu atau lebih rendah daripadanya.

    Beliau berkata, penurunan harga minyak dunia yang ketika ini mencecah AS$50 satu tong, memerlukan kerajaan memikirkan semula strategi mengimbangi keadaan.

    SOURCE:BHARIAN

    Please follow and like us:
    error

    mel

    Malaysia car magazine

    7 Responses

    1. Jack Ramos says:

      Yeeeeeeehaaaaaa….

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)