- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • PROTON IRIZ DAN SUPRIMA S UCAP TAHNIAH ATAS KELAHIRAN ADIK PERODUA MYVI BARU D20N 3rd Gen 2018
  • GAMBAR PERODUA MYVI BARU 1.3 & 1.5 LITER 2018 DIDEDAH SEPENUHNYA SEBELUM PELANCARAN BERSAMA BROCHURE NEW MYVI

    Perodua Myvi generasi ke-3 bakal dilancarkan dan gambar Myvi baru 2018 sudah pun mula tersebar dengan gambaran penuh hadapan, sisi dan belakang. Design baru dengan platform baru ini nampak lebih besar dan menarik terutama apabila dipadankan dengan lampu melintang di belakang ala-ala Kia Rio hatchback yang nampak sungguh elegan.

    Design depan Myvi Baru 2018 pula kelihatan seperti ada identiti rekaan grill dan bumper depan Toyota terkini dan lampu headlamp pula seakan design lampu Proton Saga FLX. Chasis new Myvi 3rd generation ini seakan mempunyai perkongsian dengam Toyota IM hatchback baru. Ia nampak lebih kepada bentuk badan hot hatch berbanding design Myvi lama yang lebih kepada compact car kerana Myvi baru 2018 ini lebih panjang dan bonetnya kelihatan lebih besar.

    Harga Myvi Baru ini dijangkakan sekitar RM44k ke RM55k bermula dari model Myvi 1.3 Manual 5 speed ke Model Myvi Gear Up 1.5 AT automatic transmission conventional 4 speed. Enjin Myvi 2018 dikeluarkan dari kilang enjin Perodua di Negeri Sembilan. Harganya tidak jauh beza dengan harga Myvi model lama namun persaingannya pada kali ini lebih kepada model Proton Persona dan Iriz pada range harga yang disebutkan.

    Bumper hadapan mengikut design terkini Toyota. Lampu sweptback ke belakang lebih slim dan tajam. Mungkin lampu smoked projector headlamp yang dipasang pada bodykit Gear Up Myvi baru.

    LCD touch screen pada dashboard tengah. Design lebih kepada rekaan dalaman Myvi 1st generation. 

    Bahagian tepi dengan rekaan konsep hot hatch seperti Kia Rio dan Ford Fiesta. Jika pemanduan dan ruang yang mantap ditawarkan pada harga Myvi baru ini, pasti ramai rakyat Malaysia yang tergilakan kereta kompak Perodua ini terutama golongan muda yang bujang kerana ia nampak ranggi dan sporty.

    Brochure Perodua Myvi baru di atas jelas menampakkan seluruh gambar depan dan sisi beserta sport rim bersaiz 15 inch pada model full spec yang nampaknya sangat sesuai dengan bentuk sisi dan saiznya lebih tepat.

    Perodua Myvi baru 2018 kali ini menawarkan lebih banyak active safety seperti Traction control, ESC, Stop assist dan safety rating lebih baik. Admin rasa macam tak sabar lagi nak test drive Myvi Baru king of street ni nanti. Harap pemanduannya lebih stabil berbanding Myvi dulu yang bergoyang pada halaju di highway.

    Enjin Myvi baru juga tidak ketinggalan dengan dual vvti seperti Toyota Vios dan mendapat pengiktirafan EEV kenderaan jimat tenaga. Nantikan pelancaran Myvi baru ini dan ulasan lanjut kami mengenai keseluruhannya dengan lebih terperinci.

    kdi

    Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *