Nowadays, there are a lot of fuel saver gadget in the market. Here, we choose one among others in the market. Do discuss if you had an experience using this type of fuel saver? Share with us…!!!
They claim that it is the Best Selling Fuel Saver in Malaysia with The Best Results, The Best Quality & The Best Price. It can Saves fuel up to 20%-25%
Price range: RM88-RM128
When fuel flows through the Fuel Saver, it magnetizes fuel molecules and puts the molecules temporarily into cationic state. Fuel burning in this state is far more efficient and reduces carbon monoxide emission.
Fuel Saver will improve your fuel mileage by an average of 15% and can go up to 20%. The unit will boost up your engine’s performance and lowers carbon build up to prolong engine life.
Works with all vehicles, any make, model and year and of course all fuel types(Petrol, Diesel, LPG or CNG)!


![FS01 [320x200]](http://kereta.info/wp-content/uploads/2011/08/FS01-320x200.jpg)
kdi pernah guna benda ni dulu. rasanya cam xde effect. maybe x ngam kot ngan keter kdi.. hu2. ada org claim benda ni memang menjimatkan. so kalo ade yg dah penah pakai and still pakai lagi, bleh share here..
kdi nyer kete power sgt kot…anwy,aku x penah pkai bnde2 camni..coz mcm x percaya jer…huhu..ada g penah pkai x?
saya pakai benda ni kat iswara auto. hmm ade jimat cket tp x ketara sgt. bile teman tukar plug standard kepada plug g-power NGK, bru nmpak save.
dengar kata magnet yg digunakan tahan suhu tinggi..kalau magnet biasa duk dalam enjin dah xmelekat dah kot… xpernah pakai pon lagi.
dah terlalu banyak test yang membuktikan magnet TAK BOLEH save fuel.
Semua produk fuel saver “magnetik” seperti ini dan teori molekul petrol akan terkesan oleh magnet adalah PENIPUAN.
google it up.
- THE END -
p/s ~ mmg potong stim org nak berforum tp tu la hakikat dan kenyataannya. hihihi ;)
aku pakai magnet HDD jer..lebh kurg jer effect dia dgn magnet jenis ni..
bg aku benda ni menguntungkan sblh pihak jer.
aku setuju dengan wak doyol.boleh katakan semua fuel saver ni kencing je.sebelum ni ada kuar kt mythbuster astro.xde efek pape pun kecuali hho tp yg tu dorg direct injected lepas tu head kete dorg meletop.try la cari kat youtube mythbuster.aku tak hingat apa tajuk episod tu.lagi satu kalo kita pikir la bende ni save minyak mesti dah lama manufacturer kete cam honda toyota buat dulu.tak payah susah2 engineer dorang nak buat kete hybrid.just my seposen
cara terbaik test sendiri then baru komen
brg kat atas tu dia ada mention kat kotak dia berapa gauss?
1mili tesla = 10 gauss
bahan dari jenis apa? neomagnet ttp grade apa? adakah Nd2Fe14B?
grade pula dari jenis apa N35 atau N48?
may be ada yg dah cuba ttp guna bhn yg kureng kualiti, tiada penjimatan @ skit sgt
kena plak tertipu dgn produk MLM yg mahal melampau
jadi jgn katakan semua sekali x berfungsi.
seekor kerbau bawa lumpur habis semua terpalit.
knp company keta2 besar x guna?
teknologi dan ilmu tuhan maha luas x terjangkau oleh akal manusia.
unntuk penjimatan pelbagai kaedah boleh digunakan.
untuk makan nasi ada yg guna tangan,sudu, sepit dll
sudu pula ada yg plastik,ceramic, besi dll.
knp NASA membelanjakan duit yg byk utk mereka cipta pen yg boleh digunakan di angkasa sedangkan negara berbendera “sabit dan tukul besi” hanya menggunakan pensil untuk merekodkan data2 ketika di angkasa.
sendiri fikir…
untuk kefahaman dan testing magnet2 anda sila rujuk di sini
http://www.kjmagnetics.com/calculator.asp?calcType=block
NSR ~ with due respect. Magnet TIDAK boleh save fuel. Terlalu banyak bukti2 sahih.
Apapun wak pilih 2 link ni sebab kedua2nya paling kredible dan TIDAK BIAS.
1. Link dari Wikipedia.
http://en.wikipedia.org/wiki/Fuel_saving_device
2. Link dari FTC (Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan) Amerika (kalau kat sini kira KPDNHEP ler).
http://www.ftc.gov/opa/2006/08/savegas.shtm
~ sila take note kes ni tahun 2006 dulu. Denda $ 4.3 JUTA dollar sebab teori dan product claim magnet boleh save fuel tu satu penipuan.
Apapun thanks atas link magnetic force calculator tu. Betul. ada magnet kuat, ada magnet lemah. Tapi Wak rasa hujah ni dah terjawap dalam artikel wikipedia tu :
“Magnets
Magnets attached to a vehicle’s fuel line have been claimed to improve fuel economy by aligning fuel molecules, but because motor fuels are non-polar, no such alignment or other magnetic effect on the fuel is possible. When tested, typical magnet devices had no effect on vehicle performance or economy”
Atau dalam bahasa Melayunya…
“Magnet
Magnet2 yg dipasangkan kepada saluran fuel telah didakwa kononnya boleh menambah-baik ekonomi bahan bakar dengan cara menyusun-ulang molekul bhn bakar, tetapi disebabkan bahan bakar kenderaan adalah NON-POLAR, penyusunan-ulang molekul (atau apa2 juga kesan magnetik lainnya terhadap fuel) TIDAK BOLEH berlaku. Setelah diuji, alat2 penjimatan magnetik ini didadapati TIDAK MEMPUNYAI KESAN kepada PRESTASI mahupun PENJIMATAN.”
Kesimpulannya :
1. Dakwaan bahawa magnet boleh memberi kesan kepada molekul minyak adalah MYTH/DONGENG semata2. Tak kira la berapa gauss ke, mili tesla ke.. magnet tidak boleh mempengaruhi molekul bhn bakar. Itu memang sifat hakiki minyak & magnet. End of story.
2. Maka, dakwaan bahawa magnet boleh menjimatkan minyak adalah suatu PENIPUAN.
3. Benda ni masih beregar2 kat market Malaysia coz negara kita 3rd world. KPDNHEP dah tak menang tangan handle kes2 dvd pirate, sembunyi gula, minyak masak, tepung, tipu harga ayam, daging dll. Tahap Pelindungan pengguna kepada produk2 kencingan mcm ni masih jauh.. Tp satu hari nnt akan sampai juga..
Kalau ada bukti sebaliknya (bukan hujah ya, bukti. hihi), silakan la share.
sori la bro.aku memang skeptikal dengan fuel saver ni.
nak test sendiri..hmm dari pengalaman orang len pun ble belajar
bende2 ni dah lama ada kat pasaran.kat kedai abang pun ada
agak mustahil la engineer proton,honda,toyota n etc tak perasan.
kat internet pun ada ble google
dalam isu pen dan pensel dua2 mempunyai matlamat yg sama dan keduanya proven ble merekodkan data.
magnet???
ok la kalo bro kata bende ni proven ble save minyak up to 25%
since xde lagi manufacturer kete yang pakai bende ni ko bagitau la kat proton.bende baik apa?maybe tolong boost selling kete dorang.
sedara mara kita gak kat situ
http://www.proton.com/Contact-Us/Contact-Form.aspx
magnet tak boleh save fuel.
Banyak tests telah dibuat, antaranya oleh EPA dan American Automobile Assosiation. Megnet memang tak ada pengaruh atas molekul fuel sebab sifat molekul fuel yg non-polar. Tak kira la berapa tesla ke, gaus ke.. Sebab itu memang sifat hakiki petro-fuel.
Wak dah jawap dengan link2 dari Wikipedia dan FTA Copy kes ada company kena saman kat USA sebab dakwaan palsu produk mcmni.
Tapi komen wak tu “is awaiting moderation”. yawnnn….. :)
In short :
1. fakta bahawa letak magnet kat fuel line boleh menjimatkan minyak adalah suatu myth/dongeng.
2. Dakwaan dari pengeluar2 bahawa produk magnetik mcmni berkesan adala suatu pembohongan.
Kalo tak caya, sila search kat Wiki dan FTC (KPDNHEP versi amerika) official web. Wak tak mo bagi link takut masuk queue “awaiting moderation” lagi.. hihi
wak
kalau suh Pauziah Gaus pegang fuel line kete ni agak2 bole jimat tak?..larikk
WOI ZAKI!!!!! ko lari ke mana tu??? Abis si pauziah gaus ni ko nak suruh wak buat mcmne bulan2 puasa ni?
Wak bwk balik rumah kang bini wak mengamuk lak.. wakakaka!
ok wak tp knp masih ada iklan lg dlm internet dan masih dijual di pasaran usa?macam x de tindakan dari pihak berkuasa di sana.
selain tu ada info / sumber yg kita leh akses utk tau camna kaedah pengujian yg telah dibuat mengesahkan produk2 penjimat ni tipu. nak tau juga la camna cara mereka buat ujian
Kalau jual openly kat pasaran usa wak doubt. Kes FuelMax & Super Fuel Max tu bukan saja impose “settlement” 4.2 Juta Dollar; malah pengharaman (ban) bagi pembikinan dan pemasaran sepanjang hayat ~ ya. pengharaman sampai bila2. Tindakan pihak berkuasa? Kan FTC tu KPDNHEP versi amerika.. itu la pihak berkuasa kat sana..
“Four Million Dollar Settlement Imposes Lifetime Ban on the Sale or Manufacture of Devices
The manufacturer of a magnetic “fuel saving” and emissions-reduction device that did not save fuel or reduce emissions will pay $4.2 million to settle Federal Trade Commission charges that his advertising claims were false. The FTC will seek to provide redress to consumers who bought the device based on the false advertising claims. In addition, the defendants will be banned from selling or manufacturing magnetic fuel savings and emissions reduction devices.”
Kalau kat internet mmg banyak iklan2 sampah mcm ni. Sebab? Basic rule.. “si bodoh makanan kepada si pandai”. Iklan2 & produk2 mcm ni prey & target kepada pengguna2 yang tak tau bhw produk tu tipu. Semua orang nak save minyak dgn performance lebih bagus. So dekat sini la produk2 sampah ni cari makan. Mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain yang tak tahu.
Beza keadaannya adalah kat Malaysia, ada company berdaftar yg jelas, dengan website dan rangkaian pemasaran yang terang2 menjual produk ini. Sebab? Tiada penguatkuasaan. ak tak salahkan KPDNHEP sepenuhnya sbb mmg diorg belum sampai tahap (kesibukan atau kurang aware, wallahu’alam) untuk melindungi pengguna bagi produk2 mcmni.
So, adalah menjadi tanggungjawap yang tahu utk berkongsi maklumat dan melindungi yang tidak tahu.
Pasal soalan kedua (kaedah pengujian).
>> wak rasa part ni hang terbalik letak cara pembuktian bro. FTC dan AAA tu ibarat KPDNHEP dan AAM kalau kat m’sia ni. Mereka bukan business competitor, merekalah pihak berkuasa. Basic rule, informasi pihak berkuasa deemed to be the truth. That’s why bila JAKIM kata kopi stesen keluang/starbucks haram kerana mengandungi lemak babi/arak, orang tak tanya apa cara ujikaji JAKIM itu dibuat. Tanggungjawap untuk membuktikan sebaliknya adalah pada yang menjual kopi tu. Dalam kes FTC tu, FuelMax gagal proof produk mereka berkesan sebagaimana yang mereka dakwa.
Apapun, wak tak ada akses kat test yang dibuat oleh AAA & FTC. TAPI hang boleh tengok test yang Mythbuster buat. Boleh search kat youtube “mythbuster Gas Saving Devises Busted 1″. Lps ni wak bagi link dia (tak nak bagi skrg tkt kena “awaiting moderation” lg). Letih.. hihi
ni linknya : http://www.youtube.com/watch?v=90szKQAjhfo
Kalau korg pelik knp wak anti sgt dgn produk magnetik mcm ni dan kenapa wak susah2 cari tahu info pasal scam ni, sebona eh sebab produk mcm ni bukan produk baru, masa wak mula2 belajar pakai kereta dah jumpa produk mcmni.
Masa tu bukan pakai casing plastik cikai dan cable-tie mcm gambar kat atas tu. Bekas cut tu fit bersalut baldu. Casing magnet (selepas apply) pakai high polished chrome. Sekali dah pasang nak tanggalkan magnet bagai nak bengkok screwdriver nak pisahkan magnet (punya la kuat magnet). Pendek kata barang mmg high quality. Harga? RM600.00.
Tapi result? ZERO.
Dan benda ni timbul tenggelam kat market, bila minyak naik harga, dia timbul, habis satu musim, dia hilang, nnt dia timbul lagi (bentuk & jenama ubah).. Mmg target dia nak menipu org2 yang tak tau.
So sekarang korang dah tau, dari spend duit kat sampah mcmni baik masa otw kedai aksesori tu korang singgah masjid pastu campak duit tu kat tabung masjid. Kereta korang tetap tak save minyak dan tak laju. Tp mudah2an kat “sana” lajuuuuu je perjalanan korang. hihihi
Demikian adanya..
wakl dah ceramah…..hahahaha..magnet2 nie aku dah kene dah…..yg paling dahsyat ms gomen naikan harga minyak…ms tu berlambak2 kuar product yg savekan minyak naikan ron minyak la….scam giler babi nyer….sib baik aku xkene sawan giler babi…bila tanye cam ner product hanye tau jual jer….tanye ko jual ambik brape komisen 20%..hehehehe..jename mmg dahsyat…siap kuar sorat kabar lagi tu….claim product dia jimat minyak…lagi dahsyat baru2 nie jual air battery sampai rm500…hahahaahha….aku ckp ko taruk emas ke dlm air battery tu…..
terus terang saya dah pakai magnet ni kat dua buah kereta saya dgn dua jenama magnet yg berbeza..ada sedikit kesan penjimatan.contoh kereta proton wira 1.5 saya setelah pakai magnet dapat lagi extra 10km dgn isian minyak rm10..begitu juga dgn perodua kelisa..mmg terbukti setelah saya uji berkali-kali selepas pasang magnet,dibandingkan dengan sebelum pakai magnet..
Latio ~ Cara pengiraan yang betul adalah melalui ujian statik melalui dyno run. Controlled enviroment, rpm terkawal dan speed dynamic yang sama mcm Mythbuster tu buat.
Tanpa pakai magnet pun anda akan dapat kiraan milage berbeza2 atas faktor variasi suhu, dinamic pemanduan, rpm, keadaan jalan, kondisi angin dalam tayar dsb. Perlu diingat juga sensitiviti sensor meter minyak wira dan kelisa juga mempunyai margin sensitiviti yang tidak menentu.
Tak percaya? Tanggalkan magnet tu dan ulangi “test” yang anda buat tu TANPA MAGNET berkali2, Keputusannya akan tetap berbeza2 milage yg anda capai. Been there, done that.
Dan diulangi lagi sekali, molekul bahan bakar petrol/diesel tidak mempunyai polar. So, ia tak akan bertindak-balas dengan magnet. Teori “aligning” molekul yang diorg print kat kotak produk itu adalah suatu penipuan.
salam semua
saya dah baca komen2 anda2 semua. kita dok tengok magnet tapi macamana dengan SURBO. adakah ianya menjimatkan myak jugak. minta wak dogol ulas. terima kasih
surbo hanye berkesan pada kete carb jer….kelemahan surbo lak bila malam2 kete ko akan kuat mkn minyak..
Aku ada pakai magsaver kat citra aku, sambung dari kete dulu (wira se) dan terbaru member suruh pasang kat cigarete lighter socket (fuelmax asenye). Tak jimat minyak pon , sameje. Cuma pickup lebih sedap dari sebelom la…dari segi jimat minyak tak nampak pon perbezaan nya……..dah beli nak cakap ape, pakai je la….kalu pikir balik tu ..kenapa tak jimat minyak sbb ecu dia yg control injector utk minyak guna byk mana….mana boleh magnet dan volt stabilizer menpengaruhi ecu kete…………kan????????
surbo? ni lagi satu kaum yg dah banyak makan duit haram.
Sebab, tengok apa tagline dia.. “SURBO. Light Pressure Turbo System”. Soalan wak 1 je, mana TURBIN nya??? Kalau tajuk dah menipu, apa lagi isinya.. kompom nak mengencing orang ler.. hihihi
Konsep produk ni mcm Cyclone. Cyclone ni pakai logam tipis dibentuk ada kekipasnya KONONNYA untuk memutar angin yang masuk ke karburator supaya bercampur lebih sebati dengan minyak (secara berputar mcm puting beliung ` tu yg pakai nama cyclone tu). So hasil angin yang berputar + minyak tu = better combustion/more power/saves fuel. PEMBOHONG. Tapi produk ni dah lama berkubur sebab aplikasi produk ni pada kereta karburator (sekarang mana nak cari kereta karburator lagi?).. so market menguncup perlahan2 lalu mati.
Surbo ni dapat bertahan sampai hari ni sebab applikasinya dekat saluran angin sebelum karburator atau throttle body. So kereta injection pun boleh pakai. Now jom kita cerita pasal sistem Surbo lak.
Untuk tengok rupa bendalah ni, korang kena google imejnya. Bila dah tengok rupanya, mesti korang gelak guling2. Sebab design dia crude giler.
Cara aplikasi : amik menatang ni, pastu sumbatkan ke dlm saluran udara korang. Benda ni ada tapak dibuat dari getah yang korang boleh potong/trim supaya boleh ngam2 duduk dalam saluran tu. Plug & Play.
Masalahnya, bila sumbat menatang ni, saluran angin korang dah tersekat beberapa peratus (tak lawas). Bila supply udara tak lawas, kereta akan jadi makin lembap. Simple je prinsipnya.
Test? Lps ni wak post link test yang dah dibuat menunjukkan pemakaian produk ni menyebabkan kereta hang jadi makin lembap.
Apa yang menyakitkan mata adalah grup penyangak Surbo ni adalah antara yang paling aktif iklan produk diorg dalam paper. Tergamak betul diorg cari makan terang2 scam orang.
Dan ada satu web tu (mysurbo.tripod), org melayu kita yang menjualnya, yang sepatutnya tau halal dan haram. Sayu hati gak nengoknya..
Dan kalau ada yang kata it works, silakan kemukakan bukti. Kalau ada korang yang kenal dgn kaum diorg ni jom ajak masuk sini sangkal cakap wak. Produk ni dah berbelas tahun (AT LEAST) kat pasaran Malaysia, iklan tak henti2 masuk paper & majalah, satu proof pun dia tak bagi. Main petik je. Kos iklan dgn kos buat test tu lebih mahal kos iklan bro.. Apsal tak buat? Ya, kalau buat, KANTOI la pulak nanti.
Harap menjawap soalan chaff. tq!
ini linknya : Layannn…
http://www.btinternet.com/~madmole/Revues/Surbo.html
tapi wak, ada yg pakai magnet ni bagi testimoni berkesan.. macam magsaver tu kdi tgk ramai bebenor yg kasi respon berkesan. kalo ada proof scientifically bagus. ni yg rasa nk buat test betul2 ni. haha..
pasal surbo pulak, kdi ada buat post tu lama dah. http://kereta.info/cyclone-ii-tornado-fuel-saver-test-reviews-the-truth-behind-the-air-swirler/
sampai kdi kena ugut kat email dari company singapore tu utk remove pasal surbo kat kdi sbab ranking search surbo 1st page google kdi pegang. huhu. ni sebut2 ni kejap agi datang la tu.
Cantekk.. tu KDI dh offer nak buat test. Yang paling senang pakai kereta karburator, tak pyh nak rendam fuel pump dalam test tank. hihi
Buat dyno run mcm mythbuster buat tu. Amik video. Tunjuk brand produk tu terang2. Pastu tunjuk kat company tu, kompom dia ajak “bersahabat”. Mashyukkkk! wak nak 20% ye (upah jadi batu api)? hahaha
Tak pun cari NGO mana2 ajak combine lps tu blow up isu ni kat KPDNHEP & mainstream media. Election dah dekat, untung2 menteri lak ajak “bersahabat”. Laaaaagi Mashyukkkkk! Pun wak pny 20% jangan lupa ye? wakaka
Ala KDI, yang bagi testimonial tu kita pun tak tau sapa, silap2 geng marketing. Atau memang dia ada pasang tapi dia pun tak tau mcmne nak calculate. So, main hantam taruk je kata ok.
Kalau magnet la yang KDI test, wak berani cakap 100% tak akan ada effect. Jom kita buktikan..! hihi
ehh.. baru perasan KDI pun dh buat ek pasal cyclone tu.. Ha, kan betul, makin teruk FC kereta dibuatnya.
Nasib baik KDI pny web, kalo wak, wak akan balas email dia “we are ready to “sell” this post’s copyright to you at the price of SGD $ 1 Million. U pay and it’s yours” Hahaha
Wak dogol… Hang try magnet tu time mula2 belajar keta. If not mistaken dalam 1975. So aku buat andaian hang beli magnet kuat tu dalam 1977. Pada tahun tu harga dia RM600.
Dalam calculation aku, tahun 2011, nilai RM600 tu equivalent to RM6000. Giler…. dulu muda2 hang kerja jual granade dan pistol semi automatik ker? Byk kayas…. Time tu GDP malaysia brapa sgt… Sapa ada kapcai dah mcm pakai persona skrg.
Alamak… dah lari topik ni. Hehehe…. Wak, aku tambah lagi. Sedara aku dah pakai magnet sejak 4 tahun yg lalu. Dia ckp jimat minyak….. Dia ckp lah…. bukan aku.
sy dh bace komen2 anda ternyata fuel saver ini SCAM.. sbbnya xde bukti kukuh sgt terutama skali dlm bab R&D nya… yela jika anda/sykt mahu menghasilkan sesuatu produk mesti melaui berbagai ujian sebelum dujual kpd pengguna. Di sini ramai pengguna atau masyarakat x amik peduli ttg hak2 pengguna. Jika x bukti R&D, bagaimana nk beli sesuatu produl yg belum terbukti keberkesanannya… btul x? R&D ni mesti ada halatujunya samada produk itu mahu yang laju, jimat atau kedua-duanya skali. Slilalah anda mahu menafikannya, saya x untung atau x rugi dlm memberi ulasan ttg produk2 ni. Kalo produk ni terbukti berkesan, bermakna sykt permotoran akan bankrap la. Ye la gune kereta yg same bole pegi dr KL-Tumpat dlm 1/2 tangki. Konpom org x nk beli yg barunyee.
Wak,thanks atas penerangan,
nnt lepas raya saya akan cuba try test sendiri .
masa wak mula2 tst dulu guna magnet jenis apa?jenis hitam spt magnet speaker atau jenis skrg yg warna silver tu (neodium magnet)?
Broberry,
Volt Stabilizer mmg boleh jimatkan petrol.
tak percaya?spt pengecas hanphone dia tidak keluarkan pure DC volt masih ada ripple (riak / bergerigi)
cuba amik osiloskop, hang sambung probe dia kat output pengecas, akan nampak gerigi2 halus pd monitor, kalu X npk juga, besarkan scale kpd X10 atau X100.
pure DC hanya pd sel bateri je.
isyarat2 gerigi ni akan dikurangkan / diserap oleh volt stabilizer.
bila komputer dpt signal yg tepat nisbah campuran udara petrol 14.7:1 pembaziran petrol dapat dikurangkan.
bacaan akan sentisa turun naik ttp volt stabilizer akan memeotong bacaan volt yg tinggi tsb. disini jika dpt attach graph baru anda akan lebih faham.
cuma jika guna volt stabilizer yg tak betul baru x de kesan,cuba guna yg powerful, gerenti anda akan tersengih dan puas hati
oleo ~ mula2 belajar PAKAI kereta, bukan BAWAK kereta. haha taun 75 wak lesen pun blom dapat.
nsr ~ no prob bro. kalau tak silap warna hitam kot? Lepas klipkan magnet tu dia ada sarung metal polished chrome.
Pada wak kalau nak test better sistem HHO & Egas tu. Dari segi teori sangat meyakinkan tapi ada yang kata it doesnt work. Untuk 2 produk ni wak masih reserved komen coz bukti2 masih kurang.
Setakat ni baru AAA je yang kata benda ni (on board hidrogen converter) tak berkesan. Alasan dia : untuk convert air ke hidrogen perlukan tenaga (letrik), letrik datang dari bateri, letrik bateri pulak datang dari alternator, alternator lak pusing dari pembakaran minyak (& hidrogen). So dia kata kalau dicalculate, pi mai, pi mai tetap tak jimat. Apapun, tunggu bukti yg lebih kukuh baru kita siang cukup2… hihihi
wak yg ni katanya dah dibuat testing kat unisversti taipei
http://www.youtube.com/watchv=zMxIfpsP1HE&feature=autoplay&list=PLD99F40003A9980CC&index=4&playnext=2
nsr ~ page cannot be found.
ini yg type hho & e gas tu ye?
aik, NSR, xleh ke link tu pn?
Wak, kan kdi dah penah buat test EGAS hho ni. before and after. Dan byk lagi testimoni yg positif. Tapi yg kata xde beza pn ada jugak tak tau apa masalah nya.
berdasarkan meter pada kereta kdi, arus yg EGAS pakai hanya 0.5-4amp sahaja. Voltmeter masih menunjukkan 14volt battery. penjimatan memang berlaku. tapi bukan pada semua keadaan. macam kereta hybrid jugak. kalo melenjan, sama jgak cuma performance and pickup bertambah.
Wak, NSR and bro2 sekalian. jomla berbuka esok di sepang. in case x perasan ada info di CHit Chat KDI.
http://www.youtube.com/watch?v=W8eEJvUhFrc&feature=autoplay&list=PLD99F40003A9980CC&index=2&playnext=20
http://www.youtube.com/watch?v=3iXMbykVCTk&feature=BFa&list=PLD99F40003A9980CC&index=5
http://www.youtube.com/watch?v=W8eEJvUhFrc&feature=BFa&list=PLD99F40003A9980CC&index=2
klau tak boleh cuba yg ni plak
http://magicchip-me.com/
kdi n semua maaflah x dpt joint sbb esok nk balik kg. next time jika ada keizinan-NYA Insya Allah.
goreng pisang pon makan minyak,xanak boh minyak,jalan kaki je,korang nak gaduh2 wat ape? jalan kaki gerenti save fuel
ok, kawan dah test guna magnet ni mmg ada penjimatan sket.
utk exo manual bacaan pd odometer tunjuk 7.6~7.7L/100km.
kawan pasang 3 set magnet iaitu 1 set kat fule hose, 1 lagi kat fuel hose return dan lagi 1 set kat vacuum hose . ketiga2 set ni pasang kat sekitar fuel injector.
selama ni pasang 1 set kat vacuum hose, kawan ingatkan itu adalah fuel hose.
bacaan 7.6 utk adalah gunakan volt stabilizer. bila volt stabilizer + magnet 3 set ni FC pd odometer tunjuk 7.4L/100.
bacaan ni boleh dipercayai sbb ujipandu dah melebihi 600km. test pd jln sesak, h/way, jln biasa dan berbukit bukau (dari kulai-gunung pulai-pekan nenas-pontian)
gunakan magnet neodyum >> boleh amik dari hjardisk komputer, t ak yah beli mahal2 rm200 1 set. mahal lor
Kepada yang baru nak test magnet fuel saver tu good luck. Testing bende ni takleh siap dalam masa 2-3 bulan. Kepada wak dogol mr know it all lagi satu hal, kalau diri sendiri gagal takyah ler nak hasut orang kata bende tu tak elok. Aku dah pakai bende magnet ni sejak tahun 2008. Ada syarat2 yang perlu dipenuhi baru bende tu berfungsi dengan baik.
Tahun 2008 pakai magnet fuel saver, cam orang lain gak ler gelak kuat2 sambil pasang bende kat kereta. Kereta lak turbo charge, aku nak try lumba ngan kapal terbang mas masa tu. Peliknya ada beza yang ketara power kereta. Tak percaya gak, aku carik 50 orang mangsa nak dijadikan kajian. Tak seorang pun dari 50 orang tu kata bende ni tak berfungsi. Semua kata ada perbezaan power dan jimat minyak. Semuanya keluar duit dan mintak bende tu dipasang di kereta masing2.
Setelah 5 tahun menggunakan bende tu, rupanya ada cara lain yang boleh meningkatkan lagi kecekapan magnet tu. Cara pemakaian diubah kereta rasa lagi power dari sebelumnya. Orang kata cecair ni tak dipengaruhi oleh magnet tapi orang tu lupa dia duk kat atas magnet yang amat besar. Air pasang surut tu kene tiup angin ke?
Been there, done that, mr know it all. I really hate these kind of people. Human cannot progress because he failed. Teknologi magnet ni tidak disokong dan tidak juga disangkal oleh golongan saintis. Ianya satu teknologi yang tidak difahami buat masa ini. Tak salah kalau kita buat kajian sikit2 dan cuba memahami. Lagipun Allah menciptakan sebuah magnet yang amat besar untuk kita manusia hidup diatasnya. Mesti ada sebabnya….
ok update info
skrg dah over 1000km FC pd exora masih maintain tunjuk pd 7.4L/100km. bila saje2 stop lama2 FC akan naik kpd7.5, ttp bila bergerak je FC akan turun kpd 7.4 semula. ini menunjukkan meter FC berkerja dgn baik. dimana bila enjin hidup tetapi jarak adalah “nol” nisbah liter dgn jarak akan berubah. iaitu jarak adalah zero, tetapi petrol tetap digunakan kerana enjin masih hidup.
bila dah pasang 3 set enjin exo rasanya ada senyap sket tp aku x de sound level meter utk testing amik data.
3 set ( 6 keping magnet hardisk) klau beli brand2 tu alamak rabak 600