- Latest in kereta dot info Malaysia :
  • AUDI TIOMAN GREEN – WARNA SEMPENA NAMA PULAU TIOMAN MALAYSIA
  • DIY Spray Bumper Kereta – Do It Yourself

    Salam pembuka laman web kepada semua…

    Untuk post yang istimewa ini, saya akan menceritakan secara detail bagaimana anda boleh mengecat atau spray bumper kereta anda sendiri (DIY).

    img00067.jpg

    Pertama sekali, anda perlu menyediakan semua peralatan untuk mengecat:

    putty filler untuk simen kereta

    Hard Putty (simen kereta/filler) @ RM10

    Spray Brand ‘DOVE’ atau ‘Matahari’ atau ‘DPI’  sahaja @ RM6/botol > Untuk bumper kancil depan dan belakang, beli 5 tin spray 400ml = RM6x5 = RM30

    Scrapper untuk sapu filler @ RM2

    Kertas Pasir / Sand Paper Grade 400 x 4, 600 x 4, 1200 x 4 = RM6

    Primer/under coat Spray Brand sama macam Spray biasa @ RM6/botol x 3 = RM18

    Clear Coat Spray Brand sama @ RM6/botol x 3 = RM18

    Hardener untuk hard putty @ RM10

    Masking Tape @ RM3

    Surat khabar
    Kancil ku yang buruk sebelum cat/spray. Baru beli skirt body kit depan dan belakang.

    Membogelkan kereta kesayangan anda

    Membogelkan kereta kesayangan sebelum mengecat.

    img00057.jpg

    img00050.jpg

    Pastikan anda mempunyai peralatan seperti spanar atau rachet bersaiz sesuai untuk membuka bumper anda. Kalau kancil selalunya ada 5 skru yang memegang bumper tu. Tanggalkan dulu number plate sebab ada satu skru tersorok kat situ. Untuk kereta lain pun lebih kurang je. Boleh cari mana letak skru die. Ada jugak yang belakang signal depan. Just umpil signal tu guna screw driver. Turunkan sekali bumper belakang anda.

    Campur Hard putty dengan hardener sehingga putty tu yang asalnya berwarna kelabu akan bertukar warna menjadi krim kuning. Caranya campurkan hardener macam letak umat gigi dekat berus gigi banyaknya pada hard putty yang diletakkan dalam penutup hard putty tu. Gaulkan sampai warna bertukar. Hardener berfungsi mengeraskan hard putty lebih cepat. Jadi, cepat-cepat letakkan hard putty pada celah2 atau bukaan yang cacat. Ratakan dan biarkan kering di bawah matahari selama 2 jam.

    Sapukan hard putty atau simen filler pada ruang2 yang terbuka atau celah2 dan bentukkan dengan lembut menggunakan scrapper plastik atau besi.

    sapu simen putty filler

    filler hard putty bumper belakang

    Keringkan sebentar

    Selepas kering, gunakan kertas pasir grade 400 untuk melicinkan permukaan kasar pada lapisan hardputty dulu. Buat dengan kehadiran air supaya air dapat membuang terus habuk dan tidak bersepah2 serta lebih efektif.

    img00058.jpg

    Kemudian gunakan kertas pasir grade 600 untuk keseluruhan bumper. Akhir sekali gunakan kertas pasir grade 1200 untuk menghasilkan permukaan yang betul2 licin dan sesuai. Permukaan yang paling rata dan licin adalah yang terbaik dan hasilnya amat dipengaruhi oleh faktor ini.

    Setelah anda lenguh tangan dan rasa sengal-sengal melicinkan bumper, barulah anda spray lapisan pertama primer atau undercoat. Tapi ingat! Anda perlu gunakan surat khabar untuk melindungi bahagian yang x perlu di cat dan menjadi alas lantai. Gunakan masking tape untuk melekatkan surat khabar.

    selalunya primer cap matahari warna perang. Untuk melindungi permukaan bawah supaya cat tak meresap ke dalam bumper dan lebih melekat pada primer supaya tidak mudah terkopek.

    Hadkan jarak spray dari botol ke bumper sepanjang ukuran sebotol tin spray tersebut. Spray dari kiri ke kanan pada tempat yang berbeza dengan cepat. Jangan sampai banyak cat bertompok pada satu tempat. Biar nipis sahaja dulu untuk lapisan pertama. Kemudian buat lapisan kedua selepas cat kering dalam 15-20 minit. Sehingga semua permukaan dilitupi primer. Pastikan anda menggoncang tin spray dengan betul sehingga bebola di dalam spray tin tu bergerak agak bebas menandakan bahan cat sudah sebati dengan gas dalam tin tersebut.

    jarak spray bumper

    Gambar di atas adalah jarak yang disyorkan untuk spray. Anda dapat lihat spray putih untuk lapisan cat pertama sangat nipis dan masih boleh nampak warna bumper atau primer.

    Selepas spray primer, gunakan spray warna bumper anda seperti menggunakan spray primer tapi sebanyak 3 lapisan.

    img00065.jpg

    Anda dapat lihat lapisan pertama yang nipis pada gambar di atas dan kawasan yang telah dilindungi dari cat oleh surat khabar yang ditampal dengan menggunakan masking tape.

    img00064.jpg

    Gambar atas menunjukkan bumper depan yang hampir siap. Spray clear coat setelah spray warna bumper anda kering sepenuhnya dalam setengah jam selepas lapisan ketiga spray warna. Jangan buat lapisan tebal untuk clear coat. Cukup dua lapisan yang sangat nipis untuk memelihara warna dan lebih tahan kepada cuaca.

    Cabut surat khabar yang melindungi bahagian bumper perlahan-lahan. dan lihat hasilnya…

    TADA!!! -siap dah.. =)

    Langkah terakhir adalah anda perlu memasang balik bumper anda dan mengurut jari jemari yang lenguh dengan minyak urut..hehe.. =)

    Gambar kereta selepas DIY

    Gambar kereta modified car

    Selamat ber DIY kereta anda!

    Please follow and like us:
    error

    kdi

    Pecah fiber pecah gelas, sudah baca komenlah se das! Terima kasih! =) Yg benar, Brader K Majalah Kereta Malaysia - kereta info

    16 Responses

    1. egb18c says:

      hard putty tuh nak cari tang mane a?

    2. admin says:

      tang kedai hardware.. sume bleh beli kat kedai hardware =)

    3. egb18c says:

      owhhh…allright2.

      tapi da diy soundproofing,takbleh wat papa lah.

      thx

    4. Niemans says:

      It is possible for the home restorer to achieve results as good as a professional, though it may take ten times as many hours and a lot of mistakes.

      For me it is not recommended to do any automotive respraying whatsoever ala DIY @ your house compound. The reasons being:

      1. If you did get the desired result-it will be a waste of time and resources.
      2. Environment issues-all spraying activity must be done indoor. Paint vapor travels far. If you’re not careful you’ll find maybe your car’s or your neighbours’ car body part coarse (kesat) as the fine vapor stuck on it.
      3. All clear coat have to use a hardening compound. This hardening compound is TOXIC as it contain a strain of cyanide called isocyanates. You need to wear a full body protection with air fed mask to prevent the vapor came in contact with your skin or the air you breath. Ask any car respray professional and they can confirm this.
      4. You will encounter dozens of toxic chemicals while painting. These include organic solvents (if you can smell them, they are dissolving your brain cells), cyanide, heavy metals such as zinc, mercury, and lead, and other toxic elements such as chromium.
      5. Prohibitive cost of getting the right equipment such as air compressor, spray gun etc unless you want to open a spray shop biz.

      Paintwork is a restoration task that is often, like the engine build, better be left to professionals. Professional car painters have more and better equipment at their disposal, along with a large amount of experience and training.

      Anyhow I am sure most of your friends can eagerly recommend a car respray shop that can provide ‘good’ price and workmanship to paint a bumper and believe me-nobody will use an aerosol spray paint for their car paint job!

    5. sepoi says:

      salam..
      hang pakai primer tuk plastik ke besi syeikh?

    6. zamgombak says:

      baguslah info camni… banyakkan lah lagi info berkenaan cara2 atau teknik2 cat bodykit.. terutama tang bahan2 utama utk diy ni.. mesti ramai yg teringin nak DIY tp xtau bahan2 sebenar utk DIY ni… cam aku ni lah..geheheeee..

    7. Eder says:

      semua bhgian bumper kena gosok ngn ketas pasir ke…….
      o yg kena simen je…..

    8. kdi says:

      kalo bleh sume.. sebab kena make sure permukaan betul2 licin dan bersih.. baru finishing cantik..

    9. Eder says:

      ok2…thanks kdi
      nnt ak wt experiment kt kete ak…huhu
      mnjadi ke x ntah….x slh m’cube

    10. zamgombak says:

      asskum..eh..tompang tanya.. baru ni kunun2 aku nak DIY cat moulding door (benda jadah yg lekat kat tepi pintu keta slalu tu..) tapi hampeh macam xberjaya… untuk makluman… benda yang aku nak cat tu memang dah sedia ada cat laa ( kaler ijau metalic )..tapi aku nak cat lain kaler kuning.. jadi soalannya .. perlukah aku spray cat terus mula2..atau aku kene spray primer atau undercoat atau clear coat dulu..yg mana satu dulu ek? poning aaa pale hotak aku… baru ni saja test2 spray (baru nak blajar DIY sendiri ni) sekali cat aku tu bertompok macam cirit unta daaa…

    11. kdi says:

      gosok guna kertas pasir sampai licin, spray primer, spray colour & spray clear

    12. zamgombak says:

      TQ en.KDI…hehe.. aku da berjaya DIY cat moulding door keta aku…hehe..tapi proses aku buat mula2 .. cat undercoat > cat colour > cat clear > dekat 6jam siap! (^_^) akan datang nak try cat bumper/atau bodykit sendiri lak… gehehehe

    13. black evia says:

      utk bajet rendah or nk try buat sndri blh lah mcuba..
      xsalah klu kita try.
      lain la klu ada modal bsar leh antar kdai je trus..

      aku pn dh prnah try cra mgecat nie..(sperti cara d atas)
      cma nk buat kj2 cam ni, kna rajin..n bnyak sbar bru hsail dia pehhh!
      walau bgaimana pn, xlah secantik buat kt kdai,cma pd aku kita akan lbih
      puas hati mklumlah hsil tgan sendiri..

      cma aku nk tambah skit kt sini,
      klu geng2 nk cuba buat sndri, pstikan wktu nk spray tu, biar dlm k’daan matahari
      terik.jgn cat d awal pg sgt..
      bila dh cat plak,angkt n ltak kt tempat redup n x berhabuk..
      bru wrna cat dia akn cntik;-)(warna naik)

      apapn klu try sndri,blh jimat wang;-)

    14. tamil says:

      hi en, dimana saya boleh beli spray primer, spray colour & spray clear. terima kasih

    15. Nurul Hidayah Binti Sairi says:

      nk tnya slain clear yg spray.yg dlm botol besar xde ke?nk cari kt mna ye

    16. ssr says:

      untuk bahagian yg tidak luas mmg boleh guna spray tin atau aerosol paint ini…bg bahagian kereta yg luas seperti pintu dan bonet..spray tin aerosol tidak sesuai..tekanan gas dlm tin yg rendah atau tidak sekata..boleh buat permukaan jd berbelang2…spray tin aerosol khas utk warna kereta mmg ada di jual di tempat tertentu..harganya agak tinggi sbb ia mmg khas utk warna kereta yg di tin kan dgn aerosol…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

    error

    Please spread & share :)