Bagi peminat DIY modifikasi kereta, berikut adalah cara bagaimana menggunakan spray can plasti dip atau plastic silicon rubber spray paint (how to) dengan betul. Sila baca perkongsian ini dan kongsi pengalaman anda.
DIY 10 STEP CARA CAT KERETA MENGGUNAKAN PLASTI DIP SILICON RUBBER PLASTIC FILM SPRAY CAN – HOW TO
1) Bersihkan segala kotoran berminyak , kesan air dan habuk pada bahagian yang hendak disembur dengan teliti.
2) Tutup semua bahagian yang tidak mahu disembur.
3) Goncang berulang kali tin untuk 1 hingga 2 minit untuk membuat kandungan yang bercampur sepenuhnya.
4) Tekan penyembur dan menyembur permukaan pada jarak 15 hingga 25cm.
5) Apabila membuat semburan di bahagian sudut pastikan tin penyembur tidak berada dalam keadaan terbalik semasa menyembur.
6) Untuk mendapatkan kesan yang terbaik , sembur selama 3 hingga 4 kali pada selang 3 minit.
7) Biarkan ia kering secara semulajadi selama 3 hingga 5 jam. Basuh sebelum 2 hari selepas disembur tidak digalakan.
8) Buka perlahan-lahan semua bahagian-bahagian yang ditutup untuk mengelak cat terkoyak.
Jika membuat semburan dalam persekitaran suhu yang rendah atau semasa musim sejuk, spray perlu direndam selama 5 hingga10 minit dalam air panas 25C kepada 30C .
9) Selepas menggunakan, bersihkan muncung dengan cara menterbalikkan tin dan menekan muncung spray selama 3 saat untuk mengelak dari spray tersumbat sebelum anda menyimpannya.
10) Selepas semburan, elakkan permukaan daripada terkena seperti petrol dan diesel , alkohol , gam penghilang , asfalt detergen, carbcleaner, pencair dan lain-lain.
Suhu menyimpanan spray yang terbaik adalah 25 darjah C . Jangan letakkan ia berdekatan dengan punca panas yang tinggi atau api.
Jauhkan dari kanak-kanak .
Elakkan sentuhan dengan mata dan jangan makan !
Selamat mencuba!
hye bro…mne nk dpt plasti dip dlm liter?
aikka plastic dip boleh didapati di kedai bancuh cat. dalam bentuk spray dan tin
saya ada 2 tin biru cair…rm 45 sebotol. berminat PM 0195287871.
Salam.. area kl atau putrajaya mana kedai boleh bli spray ni? Bg nme kedai yg spesifik. Jasamu dikenang.
Bleh cube cari kt kwsn perindustrian kinrara..sana ada suplier cat ni
Boleh google rubber paint atau plasti dip ada company yg jual liter
Untuk satu body kete, bpe tin kene beli?
Alamat lengkap …?no hp .. Atau bbm mz