Kepada yang mahu memulakan perjalanan menggunakan highway di seluruh Malaysia termasuk PLUS dan lain-lain, anda boleh mendapatkan live traffic update dari camera feed yang dipasang di beberapa tempat dari utara ke selatan dengan jelas untuk merancang perjalanan lebih selamat dan mengelakkan traffic jam.
Anda boleh layari laman web www.jalanow.com
Kemudian pilih lebuhraya mana yang anda lalui sama ada Plus ke utara, Plus ke selatan, Elite, NKVE, Karak pantai timur dan semua lebuhraya yang mempunyai traffic camera.
Gambar menunjukkan live update di lebuhraya Plus menghala utara di mana kita dapat lihat kesesakan teruk di Tapah menghala Utara. Selain membaca tweet plus live update, camera feed ini sangat membantu!
Kepada semua rakyat Malaysia, selamat memandu dan sentiasalah berhati-hati di jalanraya.
DAPATKAN LIVE UPDATE CAMERA DI SEKITAR HIGHWAY MENGENAI LAPORAN TRAFFIC TERKINI
Jom komen!