• Beli kereta full loan 0 % deposit zero down payment?

    Hai.. Kdi.. Kalau nak beli kereta ada yg iklan zero downpayment deposit tu macam mana? Boleh ke dapat full loan? Ada syarat ke? Bayar bulan bulan pulak macam mana. Sory banyak tanya. Maklumlah baru nak beli kereta

    By : zatul

    Lagi info kereta Malaysia yang best:

    MAJALAH KERETA MALAYSIA : Looking for a new car in Malaysia review? Latest 2013 car prices, specs, reviews & full specification! Ready to buy 2013 new car? Find 2013 car dealer in malaysia, the latest deals, discounts and promotion or vehicles for sale online. View our comments on Test drive, Fuel Consumption, owners or user review about car problem and solution on how to repair the car. Car accessories, performance and body kit discussion in forum section.
    KERETA DOT INFO KDI is a Majalah kereta Malaysia which shares Car Specification, Gambar, video, latest news / berita, Panduan, tips, regarding most of Malaysia cars like Proton Perodua Naza Nissan Honda and Toyota. Rental car, New car Price, Fuel, MPV spec, Bodykit, Modified cars, test drive review, iklan / ads also available here. Help yourself =)

    9 thoughts on “Beli kereta full loan 0 % deposit zero down payment?

    1. wah panjang nk explen ni. Haha.. Hmm.. Buying a new car with zero downpayment ni dah lama diamalkan oleh agent penjual kereta ni. Nak2 kalau ada promosi nak raya macam ni..

      Pendek cerita, full loan ni sama ada die mark up harga kereta ataupun memang ada skim zero deposit utk graduan atau kakitangan kerajaan etc.

      Zero percent dpayment ni atau full loan ni mmg mmbantu org yg xde deposit 10% paling kurang utk beli kereta baru. Kalau yang memang skim full loan tu, byk la syaratnya mcm graduan, keje krajaan dll..

      Kalau yang mark up harga tu contohnya kita beli model kereta low spec harga 45k. Diorang apply kan loan kat bank atas harga high spec 50k. So, yg bank tau kita kena byr 10% deposit dari 50k tu maknanya rm5k. Baru dapat rm45k. Jd, kira full loan lah tu. Loan dapat sama dgn harga kereta..

      Tp bg kdi baik kumpul cash utk deposit dulu. Sbab nanti kita yg sakit byr bulan2 mahal dgn interest nya lagi..

    2. btul tu KDI,bese syart2 nak full loan ni ketat ckit terutamanya bg cik zatul yg br bkerja. nk kna ade dgree la,sijil la,krjaan la…dan besenya.
      tp sebnrnya,full loan ni ade mcm2 jenis lak. sekrg,sy bg contoh ye.

      harga OTR kete = rm 45k
      d/payment sptutnya = rm4.5k – rm5k (kite amik rm5k mudahkn pngiraan)
      d/payment promosi = RM 0.00 (zero downpayment)

      jadi, untuk full loan, mcm KDI ckp la di ats. tp sy cuba bg gmbrn yg lbih jelas sprti di bawah :-
      1) sekrg,harga kete = rm45k. septutnya bayr rm5k d/p.
      tp disebabkn x mampu nk byr rm5k tu, die serapkan dlm loan.
      sepatunya aslnya loan = harga kete = 45k. tp dia naik kan loan tu jadi
      50k. pertambhan 5k dr harga asl loan 45k. besenya skim ni akn
      mengenakn interest yg agk tggi dr yg byr d/p. akhirnya,
      monthy bulanan kete jd MAHAL la.
      2) ade juga hrga kete rm45k, dan rm0 d/p. dan loan yg dbuat juga
      memg RM45k. ha,tu br btul2 RM0 d/p.

      tp sebenrnya, kte kna buat ckit pngiraan diantara full loan 0D/p dgn yg RMxx D/P
      1) klu ade D/P,brp d/p yg cik kna bayr dan berapa jumlah KESELURUHAN kna byr kt bank. kre pkai kete smpai abis bayr la ni.
      2) klu full loan, kire berapa jumlah KESELURUHAN kna byr kt bank. kre pkai kete smpai abis byr la ni.

      perasan x, kdg2 kita nk jimatkn bayaran bulanan dengan byr D/p, tp kdg2 hakikatnya, beza Jumlah KESELURUHAN ant 0 d/p dengn RMxx d/p lebih murah dr kluarkan d/p.
      contoh :-
      1) rm 0 d/p ; jumlah KESELURUHAN RM 65000
      2) rm 5k d/p ; jumlah KESELURUHAN RM 63000 (65k-63k=2k beza)
      jadi,kite kna kuarkan d/p sebnyk RM5k untuk jimatkan perbezaan sebanyk RM2k. x berbaloi bukan?sepatutnya,kite kna jimat lebih dr d/p 5K bayr, br lah kite untung.

      ok,jgn trburu. rilex,amik msa,bt survey,bt sedikit pengiraan, br amik KEPUTUSAN. prinsipnya, biar kte senang SKRG dan AKN DTG.

      selmat mncuba..=)

    3. Kalo skim graduan or kakitangan kerajaan, biasanya mmg rm0 d/p, bkn mark up loan.
      Kalau kereta nak pakai lama, buat full loan takpe, tapi kalau jenis pakai 2-3tahun nak tukar kete, sakit la nak buat settlement masa nak jual.
      Setakat pengalaman aku, kalau payslip kurang cantik, nak buat full loan bank akan mtk penjamin.
      Yg terbaik, cukupkan duit dan bayar d/p, bank xkan tanya byk.

    4. ooo… Owkey.. Baru tahu.. Tkasih ye encik2 abang semua :-)
      Rupenye byk kena pk nak beli kereta ni. Ingatkan senang ajerk. Sy pun tengah fikir nak beli kereta apa lagi bajet memang dlm 50k

      . Sy kakitangan kerajaan tp kontrak lagi. Baru grad tahun lepas. Slip 3 bln mmg ada.Kalau bleh mmg nak ambil zero downpayment tu. Means full loan la. Cume takut ada risiko lain. Tp byr bulan memang lagi mahal la ye. Interest bank lak camne..?

    5. Interest bank skrg 3%. So if loan 50k, setahun interest 1.5k setahun. If loan 9 tahun, 1.5k x 9 years = 13.5k. Total repayment loan adalah 50k + 13.5k = 63.5k. Bahagi 108 bulan (9 thn), sebulan dalam RM587 sebulan.

      Klu interest setahun 1.5k, bahagi 12 bulan, sebulan interest adalah RM125. Jadi bila zatul buat installment bulan2 sebanyak RM587, bunga adalah RM125 dan pokok adalah RM462.

      RM125 sebulan mcm2 boleh buat. Bayor hutang ptptn lagi baguih. ..Tu antara sebab aku bertahan je pakai keta lama, tgh kumpul duit byk2. Tapi tak taulah kan. Duit dah byk ni nafsu pun mcm2. Lately dok asik tgk rumah lelong je. Hehehe…. But aku tau, keta aku tu paling kuat boleh pakai lagi 15 tahun je. So menabung sekarang utk kereta baru 15 thn akan dtg.

      Berlainan dengan senario org yg takde kenderaan so kena beli dalam kadar yg segera kerana kereta tu keperluan. Tambahan org ppuan, pembelian kereta baru amat digalakkan sebab mereka kebiasaannya mereka faham perkara ini saja, myvi itu cantik dan besar. Isi minyak dan jalan. Seminggu sekali hantar car wash.

      Tapi aku suka nasihatkan youngsters yg belum kawin. Komitmen 587 sebulan tu anda mampu tiap2 bulan tapi lepas kahwin, 587 tu is big amount dan ia komitmen selama 9 thn. Anda beli keta dan future spouse anda pun beli keta. Lepas dah kahwin, pakai 1 keta je gi keja. 1 keta lagi tak pakai. Mula rasa nyesal beli dan nak jual. used car nak amik murah, nak tolak balance loan pun tak lepas. siap kena top up lagi. tu yg byk buat ‘sambung bayar’. Keta still atas nama anda. Risiko lagi.

      So pandai2lah merancang masa depan dengan bakal spouse. Tapi make sure bakal spouse tu serius la. Lelaki skrg byk hampeh suka tabur janji. Ppuan pun sama, jumpa lelaki kaya, goodbye current bf.

      If sorang nak beli rumah, sorang beli keta, think twice. Rumah loan 200k, interest 3%, hutang 30 tahun, interest anda adalah 216k. Total adalah 416k. Sebulan baru bayar RM1,155. Breakdown, bunga rm500, pokok rm655. Byk tak rm500? Tepuk dada tanya selera. Ada byk judgement org. Ada yg ckp, kang harga rumah makin naik, eden tak mampu. Ada ckp ala, makin lama keja makin byk gaji. Ada yg ckp apa susah, dah retired esok, sume loan boleh abiskan byr guna duit kwsp. Ada yg ckp, takpe. Nanti bile harga rumah dah melambung, boleh jual. Untung byk….

      Aku pulak ckp, Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Selagi boleh elakkan riba, elakkan. Selamat berpuasa

    6. Salam,

      saya nak tanya adakah skim 0% downpayment beli kereta ni sah di guna pakai dari segi undang2?

      kawan saya beli kereta myvi auto standart rm45k ketika baru pada thn 2007.

      tetapi mark up loan jadi la konon2 beli myvi se auto premium yang beza lebih kurang rm13k

      maka tercatatlah dalam pembelian myvi auto standart tadi di istiharkan sebagai myvi se auto premium dalam document perjanjian bank.

      kawan saya ni, akan kerana keperluan kerja sign je la document tanpa usul periksa dgn harapan tak la mark up lebih rm5k.

      berbalik kepada soalan saya, adakah pengistiharan pembelian kenderaan berkenaan palsu?

      haruskah kawan saya pergi ke tribunal tuntutan penguna malaysia?

      saya pasti pengistiharan palsu yang diamalkan oleh wakil penjual myvi berkenaan adalah salah dari segi undang2, akan tetapi tidak pasti akan hukuman & akta mana di guna pakai.

    7. Apa tujuan nak pergi tribunal pengguna? Nak tuntut apa?

      Ingat bank tak tahu ker pembeli tu buat full loan? Kalau personally jumpa dia atau dalam court mmg dia akan declare tak tahu. Tapi hakikatnya diorang tahu. Takde org nak buat loan byk2 klu tidak kerana keadaan memaksa. Apa tujuan bank bagi loan? Sebab nak makan interest. Lagi byk loan kuar, lagi byk income masuk. Siapa yang set 10% downpayment untuk beli kereta kat Malaysia ni?

      Soal pembeli kereta aware atau tak aware perkara ni masa sign pembelian dan apply loan, itu tidak penting. Dia nak cepat ker, tak tahu ker, tanpa usul periksa ke, dengan harapan tak mark up lebih 5k ke, bila dah sign, signatories dianggap telah membaca keseluruhan dokumen dan faham sebelum tandatangan.

      Apapun saya tabik pada awak sebab aware dan hormat undang2 negara. Bersama2lah kita berhati2 sebelum menurunkan tandatangan terhadap apa jua dokumen.

      Out of topic. Sapa nak beli rumah, tgklah siapa yang financing projek tu. Kalau bank2 hebat seperti maybank or cimb, mmg property tu akan maju dan naik dimasa hadapan. Kenapa? Bank tak bodoh, depa ada team yang buat kajian. Malah kajian depa bukan setakat common sense je. Siap ada link dgn kementerian2, pejabat tanah, perancangan bandar dan wilayah,. Sama gak ngan beli kereta full loan. Bank tahu everything dan risiko yang mereka hadapi. If depa leh pejam mata dan lulus full loan, apa lagi yang korang gaduhkan? Belilah cepat sebelum Malaysia ketatkan undang2 hire purchase keta ni. Lepas PRU apa2 pun boleh jadi. Maybe BLR naik, maybe turun, maybe intact je. Yg patut korang fikir dan tekankan adalah….

      BERKEMAMPUAN BAYAR TIAP2 BULAN SAMPAI LOAN HABIS

    8. kalau buat full loan 2nd car camne lak ye? mmg dapat full loan terus, kena tambah duit apa2 lagi tak, contoh macam jpj, servis ke etc. saya belajar lg, ingat nak beli kancil je tp xde duit nak buat downpayment dan takut2 ada caj tambahan lagi..

  • Sila beri pandangan, pertanyaan dan kongsi pengalaman anda dengan kami serta rakan kereta yang lain =)
  • Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <img src="" alt="" width="" class="" style=""> <span style="">