3 SEBAB KENAPA ANDA TIDAK MEMPUNYAI ENGINE BAY SECANTIK INI?

image

Ini adalah rupa sebuah engine bay dari sports car S2000 dengan kelengkapan performance yang mantap dan berkilat! Namun itu bukanlah punca kenapa kereta anda tidak boleh menjadi secantik ini terutama apabila kereta yang dimiliki sudah dimamah usia.

3 SEBAB KENAPA ANDA TIDAK MEMPUNYAI ENGINE BAY SECANTIK INI?

1) Sebab utama adalah tiada masa dan malas untuk meninjau keadaan enjin. Rata-rata bersetuju inilah punca enjin berhabuk dan kurang penyelenggaraan.

2) Kurang ilmu bagaimana menjaga enjin agar sentiasa cantik dan dalam keadaan elok.

3) Jenis tidak kisah langsung pasal enjin walaupun masih rajin membelek kereta luar dan dalam.

Namun, ini semua bukan halangan jika anda merupakan seorang yang betul-betul sayangkan kereta anda. Kereta yang bersih dan cantik merupakan kereta yang paling kurang bermasalah kerana segala perkara yang luar biasa pasti akan dapat dikesan dengan mudah jika pemilik kereta selalu menjaga luar dan dalam kereta.

Tips kali ini adalah berkenaan penjagaan engine :

1) Anda boleh membasuh bahagian enjin semasa menghantar kereta untuk car wash sebulan sekali untuk memastikan tiada kotoran degil melekat selamanya dan mengganggu sistem enjin. Perlu diingat, sebelum membasuh enjin, anda perlu menutup segala bahagian elektrikal yang terdedah terutama kotak fius dan wayar untuk elakkan litar pintas.

2) Anda juga boleh menggilap sendiri bahagian dalaman enjin dengan menggunakan chemical khas atau lebih dikenali sebagai engine degreaser atau minyak pembersih enjin. Boleh juga gunakan mana-mana minyak pembersih yang dapat membuang kotoran hitam di bahagian engine dengan menggunakan berus dan kain lap. Dengan cara ini, kotoran akan sukar melekap di permukaan enjin kerana terdapat lapisan yang melindunginya.

3) Lap kawasan enjin yang mempunyai tumpahan minyak dengan cecair pencuci pinggan mangkuk seperti sunlight untuk pastikan kebersihan maksimum.

Langkah yang mudah namun perlukan sedikit usaha untuk melakukannya di hari hujung minggu anda.

Selamat mencuba! =)

Share and Enjoy

  • Facebook
  • Twitter
  • Delicious
  • LinkedIn
  • StumbleUpon
  • Add to favorites
  • Email
  • RSS

kdi

Team KDI suka berkongsi info, tips, gambar kereta modified, bodykit dijual terkini, trend DIY modifikasi. Forum bincang mengenai masalah kereta, cara repair sendiri dengan harga murah dan panduan kepada pembeli dan pemandu. ====================== Kategori hangat kereta dot info: + LATEST NEW CAR SPECIFICATION & VS COMPARISON + MODIFIED CAR + BODYKIT IMAGES GALLERY + TIPS + DIY + TANYA KERETA + MONTHLY BEST DEAL + PROMOTION + AUTOSHOW + EVENTS UPDATE ====================== Barang kereta terhangat: + Body kit, skirting, bumper, grille, spoiler, engine performance, sport rim, tayar ====================== Topic hangat: + Fuel consumption km/l, problem, service, test drive, review, price RM, kelab, kedai kereta ====================== Kereta baru terhangat: + Saga BLM FLX SE, Myvi 1.3 1.5 SE, Viva, Alza, Exora, Preve, Vios, City, Civic, Corolla Altis, Camry, Accord, Hilux, Livina, Triton, D-max, Inspira lancer GT ====================== Pecah fiber pecah gelas, sudah baca harap komen dibalas. Terima kasih! =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close